Lawatan Tahun Baru Cina berakhir dengan mendengar aduan
TANJUNG
ARU: Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) Bahagian Tanjung Aru, Datuk Richard Yong
dan Pengerusi SAPP Petagas, Encik Dullie Marie, disertai ahli-ahli parti, telah
membuat lawatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada ahli-ahli
perniagaan dan masyarakat disekitar Putatan, Taman Jumbo, Tg. Aru dan Sembulan
kelmarin
Selain menyambut baik lawatan rombongan SAPP ini, peniaga-peniaga dan masyarakat
setempat melahirkan rasa tidak senang dan kesal atas keadaan lalu lintas (trafik)
yang tidak teratur.
Mereka mengadu bahawa keadaan lalu lintas yang tidak ketentuan ini telah
menyebabkan kehidupan tidak selesa dan sempurna. Keadaan jalan raya yang sempit,
kekurangan tanda arah dan keadaan tempat letak kereta yang tidak mencukupi.
Memandu ke bandar Putatan memerlukan kesabaran dan terpaksa berhati-hati.
Tersilap belok akan menemui jalan buntu dan menyusahkan pemandu untuk meneruskan
perjalanan. Dalam keadaan mengejar masa dan memberhentikan kereta ditempat yang
tidak sepatutnya, pemandu terpaksa menerima habuan saman.
Penutupan
lintasan keretapi telah menyebabkan masalah besar kepada para peniaga yang
berdepan dengan landasan keretapi ini. Ahli-ahli perniagaan di situ mengadu
disebabkan penutupan lintasan itu telah menjadi jalan sehala dan jalan mati. Ini
menyebabkan perniagaan mereka merosot kerana pelanggan susah untuk berurusniaga
dengan peniaga-peniaga disitu.
Pada keseluruhannya, walaupun Putatan telah dinaikkan statusnya sebagai sebuah
daerah, tidak nampak banyak perubahan yang dilaksanakan.
Penduduk-penduduk dikawasan ini juga mengadu yang sampah sarap tidak dikutip
sekerapnya. Biasanya sampah sarap akan dibiarkan berlonggok menjadi buruk,
berbau busuk dan mengancam kesihatan sebelum ketibaan trak pemungut sampah
Majlis Daerah.
Datuk Richard menyatakan rasa kesalnya, "sebagai sebuah daerah, Putatan tidak
menunjukkan perubahan dari segi perkhidmatan dan perancangan untuk menjadikan
daerah ini sebuah bandar yang mesra penghidupan rakyat. Pihak Majlis Daerah
harus mengambil perhatian serius untuk mempertingkatkan status daerah ini ke
tahap yang lebih berdaya maju."
|