SAPP dan STAR komited
untuk menuntut perjanjian Msia 1963
KENINGAU
(Sabah Malaysia): Datuk Frankie Chong berkata, jalinan kerjasama diantara parti
SAPP dan STAR bagi menghadapi pilihanraya ke-13, merupakan satu permulaan yang
baik untuk mereliasasikan 'Agenda Borneo'.
SAPP adalah Parti Maju Sabah pimpinan Datuk Yong Teck Lee sementara STAR ialah
Parti Reformasi Negeri yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Sabah.
Kedua-dua parti ini lahir dalam kepulauan Borneo.
"Parti ini mempunyai perjuangan yang sama, untuk mempertahankan hak-hak Sabah,
autonomi dan kedaulatan negeri ini," katanya dalam satu perutusan Tahun Baru
Cina 2012. (Gambar - Datuk Frankie Chong menyerahkan kalender 2012 kepada
Kong Fui Sheng sambil diperhatikan Dr. Jeffrey Kitingan, Dr. Nicholas Guntoban (kiri)
dan Richard Lee (AMT parti SAPP) berdiri di kiri sekali)
Frankie merupakan Naib Presiden Parti SAPP dan Timbalan Speakar Dewan Undangan
Negeri Sabah – beliau adalah anak kelahiran Daerah Tenom.
Sambil
merujuk perjuangan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan untuk memperjuangkan hak-hak
negeri Sabah, Frankie berkata, "SAPP dan STAR komited untuk menuntut Perjanjian
Malaysia 1963 dan memperjuangkan 'Kebebasan Penjajahan 48' oleh Kuala Lumpur
terhadap negeri Sabah. Beliau mengajak seluruh rakyat Sabah yang terdiri
daripada pelbagai lapisan kaum, fahaman agama dan status ekonomi, supaya bersatu
untuk memastikan pilihanraya ke-13 ini memihak kepada rakyat negeri ini.
"Ini adalah peluang terakhir bagi kita," katanya.
Ketika ditemui pada Sabtu semasa melakukan kunjungan bersama dengan Datuk
Jeffrey Kitingan bagi menemui rakyat di kawasan Bandar Keningau, Frankie berkata,
"Sesuatu yang amat menyedihkan apabila penduduk tempatan menjadi pelarian di
negeri sendiri, disebabkan kecuaian ibubapa,", katanya dan menambah, tidak
mustahil satu tanggapan bahawa pada suatu hari yang akan datang, anak cucu
penduduk tempatan bertuankan orang asing jika mengabaikan tanggungjawab untuk
menyelamatkan negeri ini.
Program menemui rakyat itu merupakan anjuran bersama SAPP dan STAR
|