Kerajaan negeri tidak sepatutnya berdiam diri isu tanah Felda: SAPP
KOTA KINABALU: Parti Maju sabah (SAPP) berkata, sungguh menghairankan kenapa
Kerajaan Negeri berdiam diri terhadap nasib 300,000 ekar tanah Negeri yang
diuntukkan kepada Felda untuk dimajukan 20,000 peneroka dari Pantai Timur,
sehingga memerlukan bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh menimbulkan isu
itu.
Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata demikian sebagai mengulas laporan
muka depan Daily Express yang menyebut Harris menggesa Kerajaan Persekutuan
supaya jangan meneruskan penyenaraian Felda Holding, terutamanya yang melibatkan
tanah Felda di Lahad Datu.
"Ia memerlukan Harris, seorang penyokong kuat Barisan Nasional (BN) mendedahkan
perkara itu. Kenapa Kerajaan BN Negeri terus membisu terhadap perkara itu dan
tidak mengambil tindakan segera terhadapnya, lebih-lebih lagi ia berkaitan tanah
Negeri dan 20,000 peneroka?" katanya.
“Bagi saya , inilah kerajaan BN paling buruk di peringkat Persekutuan dan Negeri,
kerana mereka kelihatan seperti mahu menjual segala-galanya. Sedangkan
syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pun merebut setiap kontrak dan perniagaan
yang ada di negara ini, meninggalkan hampir tidak ada apa- apa untuk masyarakat
niaga menjadi maju," katanya.
Beliau berkata, parti itu juga berse tuju dengan kebimbangan Harris bahawa
dengan penyenaraian Felda dan sahamnya diniagakan dalam pasaran bermakna sesiapa
sahaja boleh membeli termasuk rakyat asing dan tidak sepertinya rakyat Malaysia
yang tidak bertanah, sambil berkata, parti itu juga khuatir ada individu
tertentu dalam Umno yang berada di sebalik langkah penyenaraian itu untuk
kepentingannya sendiri.
Langkah itu tidak ada kena mengena dengan memperkayakan Felda Holdings atau
peneroka di bawahnya, cuma untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin tertentu
di dalam Umno, katanya sambil berharap para peneroka berkenaan juga membantah
langkah tersebut.
Harris dalam laporannya berkata, ramai yang merasakan langkah itu sebagai amat
berbahaya daripada segi ekonomi dan menyebabkan rakyat Sabah, terutamanya
bumiputera kehilangan tanah.
Fenduduk Sabah sudah kehilangan 906,303 ekar yang direzab untuk 60,000 penduduk
yang tidak bertanah pada 1980-an, katanya.
“Harris juga mengingatkan bahawa objektif utama Kerajaan menguntukkan hampir
300,000 ekar kepada Felda adalah untuk Pembangunan ladang kelapa sawit bagi
20,000 peneroka dari Pantai Timur.
Oleh Larry Ralon, Harian Ekspres
|