Bina Pekan Melalap dan jambatan semua recycle promises
TENOM:
Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah (gambar), amat berharap
bahawa kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh baru baru ini akan menjadi
kenyataan berhubung pembinaan pekan kecil Melalap kerana kenyataan seumpama itu
sudah berulang ulang sejak tahun 2008 lagi tanpa penghujungnya.
Malahan tegas Jimmy, selepas pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12) cadangan itu
hilang begitu sahaja, sedangkan perkara tersebut turut diwar warkan mereka
ketika musim berkempen pada PRU12.
Bagaimana pun katanya, beliau berharap ianya menjadi kenyataan kerana rakyat
telah pun bosan menunggunya dimana setiap menjelang pilihanraya umum janji
seperti itu menjadi permainan dibibir setiap pemimpin seterusnya disifatkannya
sebagai “recycle promises”.
“ Syabas kepada Barisan nasional (BN) terutamanya Datuk Radin kerana akhirnya
mengkotakan janji janjinya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Selasa.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap berkata demikian sebagai mengulas
kenyataan Radin sepertimana yang dilaporkan media tempatan yang bertajuk “ New
Melalap township on the cards” keluaran pada Selasa.
Dalam pada itu, mengenai dengan peruntukkan RM15 juta untuk pembinaan jambatan
menyeberang sungai Pegalan dilokasi Pusat Kebudayaan Murut sebagai laluan pintas
dan rangkaian jalanraya menuju ke Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang sebelum
ke pekan Tenom Jimmy berkata,
“ Rakyat disini akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN
pada kali dari aspek kejujurannya dimana ianya akan diterjemahkan oleh rakyat
itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka...lebih lebih lagi Radin menjadi
wakil rakyat disini tidak kurang daripada 22 tahun,” tegas Jimmy.
Persoalannya sekarang, segala galanya ditangan rakyat untuk menuntut kerajaan
supaya projek yang dijanjikan itu dilaksanakan sebelum PRU13 atau apakah rakyat
masih yakin projek yang dijanjikan itu masih diatas kertas.
Oleh: JACKSON LU
|