Chong: Gantikan
Menteri Kesihatan!
QEH1
alami gangguan bekalan eletrik terbesar
KOTA KINABALU, Feb 14, 2012: Sementara itu, Parti Maju Sabah (SAPP) pada Isnin
berkata, Perdana Menteri harus menggantikan Menteri Kesihatan dengan seseorang
yang lebih berkebolehan.
Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata demikian berikutan gangguan tenaga
yang berlaku di hospital itu.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus melihat
sendiri masalah penjagaan kesihatan awam ini yang telah menjejaskan penduduk di
Sabah.
"Keadaan penjagaan kesihatan di Sabah telah sampai ke peringkat kritikal dan
tidak ada gunanya lagi untuk merayu atau mengherdik Menteri Kesihatan kita yang
tidak cekap itu.
"lni masanya untuk Perdana Menteri kita melihat sendiri perkara itu," Katanya
dalam satu kenyataan.
Beliau mencadangkan supaya Najib meluangkan masa semasa melawat Sabah minggu ini,
untuk menjalankan pemeriksaan terhadap keadaan penjagaan kesihatan di Sabah.
Ekoran itu, katanya, Najib haruslah segera mengenal pasti langkah-langkah
berkesan untuk menyelesaikan masalah yang mendesak itu.
Chong, yang juga pengerusi CLC SAPP Kepayan berkata, sesiapa juga yang
diamanahkan menjaga perkhidmatan penjagaan kesihatan di Negeri ini haruslah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gangguan tenaga di HQE1 pada Ahad itu.
Beliau mendakwa menerima aduan daripada pelbagai pihak termasuk keluarga pesakit
dan kakitangan perubatan mengenai keadaan cemas di hospital itu pada Ahad, di
mana beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke HQEII dan Hospital Wanita dan
Kanak-Kanak Likas.
Katanya, generator sokongan hospital itu tidak dapat menampung keadaan itu.
Menurut beliau, Unit Penjagaan Rapi (lCU) berhenti menerima pesakit sekitar 9
malam.
"Dan memburukkan lagi keadaan, banyak pelet darah terpaksa dibuang pada lewat
malam, satu pembaziran besar kepada usaha penderma darah yang telah menderma
darah mereka kepada Tabung Darah," dakwa beliau.
Sambil menyatakan yang kejadian itu jelas menunjukkan ketidakcekapan dan sikap
tidak ambil peduli kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap penderitaan rakyat
Sabah, Chong menekankan, kerajaan Negeri juga harus menjalankan siasatan bebas
terhadap kejadian itu dan buat,laporan penuh mengenainya.
|