Kembalikan FELDA kepada tujuan asal penubuhannya
LAHAD
DATU : Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengerusi CLC N49 Tungku Datu Shuaib
Bin Datu Mutalib meminta Kerajaan Barisan Nasional supaya FELDA di kembalikan
kepada tujuan asal penubuhanya iaitu tanah-tanah yang dibangunkan oleh FELDA
dengan tanaman kelapa sawit di FELDA Sahabat, Tungku diberikan hak milik kepada
peneroka yang telah menjadi peneroka di Sahabat Tungku.
Perkara ini telah dipersetujui di antara kerajaan Negeri dan kerajaan
Persekutuan supaya rakyat di Tungku yang tidak mempunyai tanah dan miskin diberi peluang untuk menjadi peneroka dan diberikan geran selepas 15 tahun atau 20
tahun menjadi peneroka dikawasan tersebut. Tujuan tersebut tidak menjadi
kenyataan seperti mana tujuan asalnya, malah kerajaan persekutuan tidak
menunaikan perjanjian tersebut, tetapi telah menyerahkan FELDA kepada sebuah
anak syarikatnya FELDA Holdings untuk di senaraikan di papan utama Bursa Saham
Malaysia. Siapakah yang mendapat keuntungan dalam jual beli saham yang
didagangkan? Tanya Datu Shuaib.
Kalau dilihat kepada keluasan FELDA Sahabat di Tungku iaitu 119,000 hektar dan
hanya mempunyai 886 peneroka dengan 6.7 hektar setiap peneroka, dimanakah lebih
kurang 110,000 hektar itu disalurkan? Ujar beliau lagi.
Malah pada bulan Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Ahmad Maslan menyatakan FELDA tidak berhasrat utnuk mengambil peneroka yang baru.
Oleh ini milik siapakah selebihnya 110,000 hektar, yang tidak diberikan kepada
peneroka yang baru? Untuk apa pinjaman yang dibuat oleh FELDA sebanyak RM 5
billion daripada EPF, kemudianya disenaraikan oleh anak Syarikat FELDA iaitu
FELDA GLOBAL VENTURE HOLDING (FGVH) di Bursa Saham, papan utama Malaysia.
Parti Maju Sabah (SAPP) dalam dasar Reformasi Tanah yang dilancarkan baru-baru
ini, telah menekankan perlunya generasi kedua FELDA diberikan keutamaan sebagai
peneroka generasi baru dan SAPP membantah sekeras-kerasnya langkah dan dasar
yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN terhadap perkara ini.
|