Pengusaha nenas di Bukau desak kerajaan bantu segera
BEAUFORT:
Beberapa pengusaha nenas semakin terdesak kerana hilang punca pendapatan.
Sebelum ini penanam nenas memperolehi purata pendapatan sekitar RM3,000 setiap
kali tuaian. Bagaimanapun jumlah tersebut semakin mengecil dan tanaman mereka
tidak menjadi. Ini disebabkan sejenis penyakit yang tidak diketahui sehingga
kini menyebabkan tanaman nenas terbantut.
Menurut salah seorang penduduk Iskandar Kandawai dari kg. Lampaki, Bukau berkata,
penanam sudah hilang sabar dan mendesak pihak kerajaan dan agensi berkaitan
mengambil tindakan segera menangani masalah tersebut. Penanam Nenas pula
dibiarkan tertanya-tanya apakah hasil siasatan yang dilakukan oleh Lembaga Nenas
Malaysia dan pihak Mardi berhubung masalah tanaman di kawasan mereka.
"Kita bertanya pada pegawai berkenaan, tetapi jawapannya tunggu" menurut beliau
dengan rasa kesal. "Pendapatan kami semakin kurang, kemanakah hala tuju kami,
tanah kami yang dahulunya sesuai dengan tanaman nenas dan mengangkat nama
kampung kami sehingga dikenali di seluruh daerah sebagai satu-satunya kampung
yang mengeluarkan Nenas pada skala yang besar kini hanya tinggal nama".
Beliau yang juga seorang pesara tentera laut, mahukan jawapan konkrit dan
penyelesaian maksimum bagi mengenal pasti punca dan jalan penyelesaiannya.
Sementara itu, Parti Maju Sabah diketuai oleh Pengerusi CLC N.27 Lumadan En.
Jamain Sarudin yang melawat ke lading berkenaan, meminta supaya agensi berkenaan
menyegerakan sebarang bantuan bagi membantu para penanam nenas. Beliau berkata "gerai
nenas pun sudah kurang menjual nenas dan ini menunjukkan betapa masalah yang
dihadapi oleh penanam ini amatlah serius".
|