SAPP Klias dan Lumadan sudah sedia
BEAUFORT,
Feb 20, 2012: Kehadiran pengundi-pengundi muda yang baru mendaftar untuk
menjadi pemilih pada PRU13 ini dikatakan bakal menjadi undi penentu. Oleh yang
demikian Pemimpin akar umbi Parti Maju Sabah (SAPP) disaraknkan agar menggiatkan
usaha mendekati mereka.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Penganjur Pusat, Jamain Sarudin semasa
memberikan motivasi kepada ahli jawatankuasa CLC Klias dan Lumadan di dalam
Kursus Refresher parti. Seramai 60 pemimpin CLC Klias dan Lumadan bersama Pemuda
dan Wanita telah menghadiri kursus tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi CLC N.27 Lumadan berkata semangat penyokong SAPP kini
berada pada tahap yang tinggi dan ianya pasti menjadi pendorong semua kegiatan
kearah itu. Bagaimanapun beliau berharap semua pihak mengetepikan kepentingan
peribadi dan tidak melayan sebarang khabar angin berkaitan kedudukan politik
semasa, sebaliknya menggiatkan usaha dan bekerja keras untuk kemenangan parti.
Sementara itu, Naib Pengerusi CLC N.25 Klias, Sanusi Taripin pula mengajak agar
pemimpin akar umbi CLC celik pengetahuan internet. Menurutnya, kerajaan mengawal
mediamasa termasuk tv dan radio. Kesemua berita yang disampaikan hanya
memaparkan kebaikan Barisan Nasional dan keburukan parti pembangkang. Walhal
berita itu semuanya berat sebelah dan tidak tepat. Sabah kehilangan pendapatan
hasil minyak 95% kepada persekutuan sedangkan Sabah sebuah negeri yang besar dan
sudah tentu memerlukan dana yang besar. Begitupun kata beliau, pemimpin BN telah
menyebabkan peruntukan yang sedia ada tidak mencapai matlamat dan tidak sampai
kegolongan sasar.
Hj Usop Judin pula berharap Pergerakan Wanita berusaha menambah kekuatan untuk
memperkuatkan jentera. Naib Pengerusi CLC Lumadan itu berkata Wanita merupakan
tenaga penting dalam menyampaikan mesej parti kepada pengundi dalam kempen
mereka. Wanita harus cekal, dan tidak gentar dengan sebarang provokasi yang
dilakukan oleh parti lawan.
"Jangan peduli siapa lawan, SAPP telah berada pada landasan yang betul berjuang
untuk orang-orang Sabah, jangan khuatir siapa yang ditentang, Calun SAPP telah
bersedia dan mereka adalah pemimpin pilihan yang bersih dan "winnable". Demikian
dinyatakan dengan penuh yakin oleh Thomas Chong, Pengerusi CLC Klias. Beliau
yang merasa cukup teruja dengan kehadiran dan semangat kuat CLC, Pemuda dan
Wanita menghadiri Refresher Course menganggap kesediaan dan kesetiaan adalah
elemen penting untuk berjaya.
|