Tempoh pajakan 999 tahun boleh dilaksana
PENAMPANG,
Mac 2, 2011:
Parti Maju Sabah (SAPP) mengulangi janjinya untuk mengemba- likan tempoh pajakan
"999 tahun" kepada pemilik tanah persendirian seperti yang dinyatakan dalam
Dasar Pemulihan Tanah sekiranya ia membentuk kerajaan Negeri selepas Pilihan
Raya Umum ke-13.
Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, ini boleh dilaksanakan kerana
beliau pernah melakukannya semasa menjadi Ketua Menteri, apabila beliau
meluluskannya kepada lebih 400 pemilik rumah di Taman Seputeh, Luyang.
"Tidak perlu ubah undang-undang, Ketua Menteri mempunyai kuasa untuk berbuat
demikian," katanya, sambil menambah, kerajaan Negeri tidak rugi apa-apa dengan
mengeluarkan geran seperti itu kepada para pemilik tanah.
"Sebenarnya, ia boleh menjana lebih banyak hasil melalui kutipan hasil tanah. Di
bawah pajakan tanah 99 tahun, pemilik hartanah itu sentiasa berada di pihak yang
rugi.
"Sembilan puluh sembilan tahun adalah terlalu singkat bagi pemilik hartanah
untuk memajukan dan menggunakan sepenuhnya hartanah mereka itu. Pihak bank
mungkin tidak menerimanya untuk gadai janji atau pembiayaan semula," katanya.
Firma-firma insurans juga mungkin tidak mahu melindunginya, lebih-lebih lagi
apabila tempoh pajakan tanah itu hanya tinggal 20 tahun sahaja lagi, satu dilema
yang biasa dihadapi ramai pemilik tanah di negeri ini sekarang.
Beliau menyamakan keputusan kerajaan kerajaan negeri sekarang mengurangkan
tempoh pajakan bagi tanah persendirian dan komersial daripada 999 tahun kepada
99 tahun , tahun lalu sebagai satu lagi bentuk rampasan tanah.
Katanya, kejadian merampas tanah secara berleluasa yang menjejaskan anak negeri
Sabah berlaku disebabkan "Budaya Buaya ".
"Apa sebabnya di sebalik tindakan menghalau penduduk kampung dari tanah NCR (Hak
Adat Anak Negeri) mereka, lebih-lebih lagi apabila tanah tersebut bukan untuk
kegunaan awam?
Bercakap dalam satu majlis makan malam anjuran SAPP Kepayan, Yong mendakwa
masalah rampasan tanah itu telah sampai ke peringkat krisis dengan lebih 800
didaftar dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) cawangan Sabah, di mana
anak negeri yang telah menduduki tanah pusaka mereka selama lebih dua generasi
diusir dan tanah mereka itu diberikan kepada syarikat-syarikat perladangan utama
yang berpusat di semenanjung.
"Kejadian merampas tanah ini berlaku di seluruh Sabah di tempat-tempat seperti
Sukau, Matunggong, Bangi, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Tenom, Kota
Belud dan Papar...dan masih berlaku sekarang," katanya.
|