Pengadilan yang Sumbang
Oleh
Amde Sidik
Adakah mahkamah perundangan di Malaysia ini bebas dari telunjuk pemerintah?
Saya membuat perbandingan status Negara kita dengan sebilangan negera negera
maju dalam dunia ketika ini.
Kalau kita letak skala 10 adalah tahap yang teradil maka keputusan Mahkamah
Tinggi negera kita saya cuma letak paling tinggi ditahap 4 atau 4.5 apabila
mengadili perkara perkara yang berunsur politik
Mahkamah Tinggi kita adalah berperanan sebagai jerat apabila mengadili kes kes
pemimpin pemimipin pembangkang.
Kenapa terjadi sedemikian?
Jawapan ringkas, orang orang atasan masih memainkan kuasa dan pernanan, maknanya
tiga institusi terbesar negera, executive, legislature dan judiaciary sebenarnya
tidak terpisah secara langsung, ini berbeda dari pengamal demokrasi tulen bahawa
doktrin pemisahan kuasa (doctrine of separation of power) instituasi yang
tersebut ketera dan adalah tunjang demokrasi.
Maknanya orang orang yang berkuasa seperti Perdana Menteri memainkan peranan
atau campur tangan didalam ketiga tiga institusi ini menjadikan proses keadilan
sukar diperolihi. Contonnya, dia mempunyai kuasa excuative, legistative dan
judiciary (ketiga tiganya) tidak ubah sistem one man’s rule.
Negera akan jadi haru hara seperti yang banyak berlaku di negera Afrika, sekali
pun mereka mengaku negera mereka mengamalkan demoskrasi seperti mengadakan
piliharaya setiap jangka waktu. Tetapi pada hakikatnya kuasa dipeggang oleh
orang yang sama.
Di Malaysia walaupun tidak seburuk yang berlaku di Samolia, Sudan, Mali dan lain
lain. Tetapi saya berpendapat pengadilan yang melibatkan ‘rule of law’masih
belum sampai ketahap yang memuaskan.
Sebagai contoh, rampasan kuasa di Perak dilaku oleh kerajaan BN yang memalukan,
penyikiran Salleh Abas sebagai Ketua Hakim, pertuduhan Anwar Ibrahim antaranya
yang tidak akan mudah dilupai, sekalipun Perdana Menteri membuat deklarasi SORRY
beribu kali.
Yang terbaru, MahkamahTinggi di Kota Kinabalu, Hakim menjatukan hukaman bekas
Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee
untuk membayar RM1 juta, apabila Harris Salleh yang juga bekas Ketua Menteri
Sabah menyaman beliau kerana memalukan beliau sebagai menyidir (insinuating
Harris), Harris mungkin tahu sebab sebabnya kenapa kapal terhampas jatuh dan
meragut nyawa pemimpin parti BERJAYA-dipanggil tragedi Double Six, di Sembulan
pada tahun 1976.
Yong Teck Lee sekadar memanjangkan persoalan Tengku Razleigh Hamzah yang dibuat
dalam ucapan beliau dalam satu perjumpaan di Kota Kinabalu sebelumnya.
Isu disini, keputusan Mahkamah menjatuhkan hukuman kepada Yong Teck Lee dan SAPP
seolah olah dibuat dengan cuai,tanpa memberikan sebab sebab yang kontrit.
Ketidak kosistansi dalam memberikan hukuman adalah dilihat dibagai dibuat
sewenang wenang (arbitrarily) Menjatuhkan hukam RM1 juta, bayar serta merta.
Belum pernah dalam sejarah negera ini, dimana kes serupa ini melibatkan hukum
bayar RM1 juta, kedua, juga tidak terjadi sebelum ini dimana pihak defeden tidak
diberikan tangguhan–stay execution.
Kes serupa pernah berlaku yang juga melibatkan plaintiff, Haris Vs Shafie Afdal
tidak berapa lama dulu dimana, plaintiff diberi pampasan sebanyak RM50 ribu,
kebisaannya mahkamah mengamalkan panduan kepada kes yang terdahuluwalau
sekadarobiter dicta
Hakim ketika menyampaikan hujah beliau telah membuat kotasi yang salah dengan
menyebut bahwa defenden mengatakan bahawa plaintiff “ has a blood in his hand”
ertinya rasa dendam dalam hati, malah tidak terdapat sebutan itu dimana mana,
baik dalam transkrip sepanjang pembicaraan.
Ini mempamirkan bahawa keputasan pengadilan serupa ini dibuat mengikut skrip
luar dari mahkamah.
Adakah ini berlaku disebabkan defenden seornag pemimpin politik? Parti SAPP
ketika ini mengerunkan kedudukan kerjaan BN di Sabah?
Kesimpulan; pengadilan jadi sumbangkeranabukan hasil perbahasan undang undang
tetapi kepentingan politik.
AmdeSidik, Timbalan Presiden President SAPP dan Citizen Journalist Malaysia
|