Rampasan tanah, peluang pekerjaan, hasil bumi dan tindasan orang Sabah
INANAM, Mac 12, 2012: Satu majlis perhimpunan telah diadakan di perkarangan
rumah kediaman Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP pada petang Mac 4,
2012 di Kampung Pomotodon, Inanam.
Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan rakyat bersama
pemimpin dikawasan itu dimana Datuk Eric turut memberi penerangan beberapa isu
yang telah menjadi masalah besar kepada rakyat Sabah masa kini.
Diantaranya ialah berkaitan dengan rampasan tanah NCR oleh syarikat-syarikat
gergasi yang diwujudkan oleh kerajaan dan kenaikan penduduk Sabah yang begitu
melambung tinggi dalam masa 40 tahun sehingga rakyat asing boleh memiliki kad
pengenalan.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan dibawah pimpinan BN/UMNO telah menindas
orang Sabah dari segi peluang pekerjaan dan merampas segala hasil bumi Sabah
seperti minyak, gas dan sebagainya sehingga Sabah adalah negeri yang termiskin
di Malaysia. Kenaikan harga barang yang sepatutnya boleh dikawal oleh kerajaan
juga menyumbang beban masalah kepada rakyat Sabah dimana ramai penduduk negeri
ini masih dikategorikan miskin tegar.
Kelihatan dalam gambar ini adalah sebahagian daripada hadirin yang datang ke
majlis itu seramai lebih kurang 100 orang terdiri daripada penduduk kampung
sekitar Kg. Pomotodon / Dambai, Inanam.
Mereka kelihatan sangat serius untuk memberi tumpuan dengan penerangan Dasar
Reformasi Tanah dan Pelan Ekonomi Sabah yang di sampaikan oleh Datuk Eric.
Para hadirin turut terkilan apabila melihat sendiri tayangan video mengenai
penderitaan yang dialami oleh orang kampung diseluruh pelusuk Sabah, lebih-lebih
lagi kisah benar yang menyayangkan hati mereka tentang rampasan tanah NCR dan
pemusnahan harta benda seperti rumah kediaman, tanaman kebun getah, kelapa sawit
dan sebagainya milik orang kampung termasuklah kuburan keluarga dalam tanah
tersebut oleh jentera syarikat dengan kerjasama pihak berwajib kerajaan.
|