Pemuda SAPP Klias siapkan gelanggang terbengkalai
BEAUFORT:
Pergerakan Pemuda SAPP N.25 Klias telah menyiapkan kerja-kerja membaiki dan
menaiktaraf gelanggang sepaktakraw Kg. Selagon tanpa perlu mengeluarkan kos yang
besar.
Menurut Rubinus Ewon Naib Ketua Pemuda Klias, sebelum ini gelanggang tersebut
telah menjalani kerja pembaikan yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik
oleh wakil rakyat, bagaimanapun gelanggang terlalu kasar serta berlubang
disana-sini dan tidak rata. Katanya keadaan gelanggang sebelum ini boleh
mendatangkan kecederaan kepada pemain dan memang tidak sesuai.
"Belia
Selagon agak kecewa kerana projek yang dibuat begitu sambil lewa dan mereka
tertanya-tanya bagaimana pembayaran kos projek itu boleh diluluskan sedangkan
kerjanya tidak selesai dan tidak menepati spesifikasi kerja", kata Rubinus (kanan)
lagi.
Oleh itu, melalui konsep pemuda "Dengar, Lihat, Selesai" Pergerakan Pemuda Klias
mengambil inisiatif berbincang dengan Ketua Pergerakan Pemuda Klias En. Ramlan
Sajap bagi mencari dana dan kemudiannya melakukan kerja-kerja meratakan simen
dan menggaris semula gelanggang secara bergotong-royong bersama belia Kg.
Selagon. Lampu turut dipasang untuk membolehkan belia-belia di kg. Selagon
bermain di waktu malam.
Meskipun terdapat desas-desus mengatakan SAPP dilarang membuat pertandingan
baru-baru ini sebagai galakan kepada belia, Rubinus berkata, "Pemuda SAPP boleh
adakan pertandingan kalau belia kampung bersetuju walaupun bukan di gelanggang
tersebut, kita baiki gelanggang atas dasar keprihatinan pada belia
Selagon".Menurut Rubinus lagi, Pemuda SAPP melakukan kerja-kerja tersebut adalah
sebagai hadiah kepada belia-belia agar mereka aktif dalam kegiatan sukan dan
terhindar dari gejala kurang elok.
(caption: Belia Selagon berbangga dapat gelanggang lebih baik)
|