Kerajaan BN perlu ditumbang PRU13, banyak masalah tertunggak
TENOM:
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin
menegaskan bahawa segala kepincangan yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan
Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya sekarang hanya akan dapat diperbetulkan
setelah kerajaan itu dapat ditumbangkan oleh rakyat secara demokrasi menerusi
pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, mandat kerajaan itu terbina setelah rakyat mengangkatnya pada
pilihanraya umum lalu dan begitu juga pada sebaliknya jika prestasinya merosot
rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkannya dari takhta itu menerusi sesuatu
pilihanraya umum.
"Dalam politik tiada yang kekal (kerana) jika prestasinya merosot rakyat tetap
menolaknya...ini adalah amalan demokrasi yang dibenarkan undang undang serta
Perlembagaan Negara," kata beliau ketika bertemu penduduk di sekitar Kg Batu 90-
Simpangan yang dianggarkan kira kira 100 orang pada Jumaat.
Roger berkata, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa jika BN
mengabaikan tanggung jawabnya kepada rakyat terutamanya berkaitan dengan hal
ehwal ekonomi termasuk gagal mengurus tadbir tanah tanah adat (NCR) hak anak
negeri ini, rakyat tiada pilihan selain beriltizam untuk menukar kerajaan pada
PRU13.
Beliau
berkata, terdapat banyak perkara yang menjadi isu penting semakin berlarutan
dinegeri ini terutamanya isu pemilikan MyKad dan kerakyatan songsang kepada
rakyat asing menerusi pintu belakang masih belum diuruskan secara serius oleh
kerajaan pusat.
"Kebimbangan kita dari aspek keselamatan semakin serius kerana selagi isu PTI
yang selama ini menjadi ibu kepada segala permasalahan diSabah tidak ditangani
dengan serius kita akan berhadapan dengan ancaman keselamatan yang besar,"
tegasnya.
"Itu sebabnya kita minta pihak kerajaan pusat supaya penubuhan RCI disegerakan
dan sebaik baiknya sebelum PRU13...tetapi kita juga tidak faham kenapa ia
dilambat lambatkan lagi," tambah beliau.
Dalam pada itu, Roger menyarankan penduduk disitu agar tidak merasa segan atau
takut untuk mendaftar sebagai penerima Bantaun Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana
bantuan itu adalah menjadi hak rakyat menerimanya.
Tegasnya, semua rakyat Negara ini tanpa mengira kaum dan keturunan berhak
mendapat habuan itu dimana ianya sebahagian daripada keuntungan kerajaan
daripada pungutan cukai dan hasil kekayaan dinegara ini untuk diageh agehkan
kepada rakyat.
"Rakyat merupakan “Tuan" kepada Negara ini...mereka berhak dan layak menerima
hasil mahsul Negara, maka tiada sesiapa boleh menidakkan seseorang rakyat Negara
ini dari mendapat agehan habuan itu," kata Roger.
Manakala Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi menegaskan bahawa
Pergerakan itu dikawasan Zon Pedalaman telah berjaya mengumpul tanda tangan
rakyat sejumlah kira kira lebih 5 ribu tahun lepas (2011) menggesa kerajaan
Pusat supaya RCI ditubuhkan segera untuk menyiasat kesahihan dokumen yang
dimiliki PTI seperti MyKad dan juga kerakyat songsang.
"Kita merasa amat kecewa apabila RCI tidak kelihatan pun dilaksanakan sehingga
hari ini...bererti kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah berbohong atau
bersandiwara kepada rakyat Sabah. Jadi...apakah layak kita memberi sokongan
kepada kerajaan UMNO-BN yang membelakangi demokrasi serta hak asasi kita...tentu
rakyat sudah tahu jawapannya," tegas Rudy.
Rudy berkata, rakyat sendiri tahu dan melihat sendiri prestasi kerajaan BN untuk
membangunkan kawasan disini dimana pekan kecil Melalap yang pernah dijanjikan
pembinaannya sejak PRU12 iaitu tahun 2008 lagi tetapi sehingga kini semua orang
tahu keadaan pekan Melalap. Apakah janji pemimpin BN benar dan ditunaikan?
Terdahulu, Pengerusi Penganjur majlis perjumpaan itu Gembala Railit menyifatkan
ketokohan Roger selaku pemimpin muda sangat bertepatan sekali kehadiran beliau
diarena politik dialab baru ini.
Malahan Railit menganggap perjuangan Roger sebagai kesinambungan kepada
perjuangan yang belum selesai dalam memertabatkan masyarakat KDM ditakhta yang
tertinggi dipersada nasional setaraf dengan masyarakat lain dinegara ini.
Oleh: Mail Mathew
|