Hak Sabah milik orang Sabah
MEMBAKUT,
Mac 26, 2012:
Naib Presiden SAPP YB Datuk Frankie Chong Yu Chee di dalam kenyataannya hari ini
berkata hak kita di Sabah hendaklah ditentukan sendiri oleh orang-orang Sabah
sendiri. Beliau mengajak penduduk di Kg. Sinoko, Membakut mengambil peluang
terakhir ini bersama rakyat di seluruh Sabah untuk melakukan perubahan dengan
berani.
Beliau bercakap demikian di hadapan penduduk kg. Sinoko. Menurutnya lagi,
kejadian rampasan tanah dan penduduk kehilangan hak memiliki tanah selama ini
tidak pernah berlaku, tetapi semakin berleluasa semenjak BN memerintah Sabah.
Beliau menegaskan ianya menjadi punca utama kenapa SAPP bertindak keluar dari BN
beberapa bulan selepas PRU12 3 tahun lalu demi memperjuangkan hak-hak rakyat
Sabah yang semakin terhakis.
"Kita dirompak siang hari, apabila hak kita diperlekehkan oleh pemimpin BN
samada di Negeri Sabah atau di Semenanjung, dengan janji manis, walhal, mereka
mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keikhlasan orang Sabah"
Beliau juga menyelar sikap pemimpin BN yang terus bermain tarik tali apabila
menyentuh soal RCI. "Pemimpin BN Sabah di dalam PBS dan UPKO serta Parti-parti
kononnya tempatan di Sabah, tidak ada keberanian kerana mereka di dalam kekangan
BN seperti kerbau yang dicucuk hidungnya"
Jelasnya
lagi, kegagalan RCI ditubuhkan adalah kerana memang terdapat lubuk besar yang
membabitkan yang menakutkan dan membabitkan individu tertentu. Beliau berkata,
akibat terlalu ingin menutupi masalah pihak tertentu, menyebabkan Sabah di dalam
tempoh terdekat bakal berhadapan dengan masalah lambakan PTI yang dihalalkan
melalui proses pemberian kewarganegaraan. Beliau melahirkan kebimbangan, masalah
pertambahan penduduk mendadak yang dikenalpasti pada masa sekarang bakal
menyebabkan rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri.
"Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau kita tidak pertahankan hak, siapa pula
yang kita harapkan? Kita berjuang hari ini adalah kerana generasi akan datang,
Hak Kita adalah Milik Kita? Katanya lagi.
Beliau menyeru agar kawasan Membakut bersedia menghadapi pilihanraya dan
mempersiapkan jentera parti di semua peringkat. Turut hadir dimajlis tersebut,
Thomas Chong, Pengerusi CLC, Jamain Sarudin Setiausaha Penganjur pusat, Johanis
Piut AMT, Benjamin Ondoi Naib Pengerusi CLC dan Evarinus Sipalan Pengerusi PZM
Sinoko.
|