Kebimbangan berasas, kata SAPP
TENOM,
Mac 27, 2012: Kerajaan digesa melaksanakan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
sebelum masalah pendatang tanpa izin di negeri ini semakin sulit dengan gerakan
pendaftaran bergerak di Senalang, Semporna.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin, yang bersetuju
dengan kebimbangan Menteri Luar Datuk Anifah Aman, berkata gerakan tersebut
perlu dihentikan segera sebelum RCI bermula.
"Memanglah kita setuju dengan gerakan Jabatan Pendaftaran itu tetapi rakyat
terlalu bimbang dengan keadaan itu kerana banyak perkara boleh berlaku seperti
di masa masa lepas.
"Kebimbangan Datuk Anifah berhubung gerakan pemberian sijil kelahiran kepada
kira-kira 40,000 kanak-kanak di Senalang yang mana jumlahnya terlalu besar dan
rakyat akan menjadi pelarian di negara sendiri ada asasnya, dan SAPP juga
bersetuju dengan beliau," katanya pada Isnin.
Tambahnya, yang menjadi persoalan pokok sekarang adalah kesahihan dokumen
kerakyatan dan juga pewujudan Kad Pengenalan palsu di Sabah.
Oleh Mail Mathew
|