Projek RM4.6b sepatutnya sedia lebih 400 pekerjaan
SEMUA
perkara baik disebut mengenai projek loji Samur (Sabah Ammonia Urea) bernilai
RM4.6 bilion di Sipitang, upacara pecah tanah telah dilaksanakan oleh Perdana
Menteri pada bulan lepas (13/02/2012).
Projek itu dikatakan memberi manfaat kepada penduduk Sipitang dan setelah
beroperasi sepenuhnya ia dijangka bakal menyediakan 400 peluang pekerjaan.
Ia dapat mewujudkan impak ekonomi kepada Sipitang sama ada pertanian, hotel dan
katering, penyelenggaraan loji dan pengangkutan, sekaligus menyediakan pekerjaan,
kepada masyarakat Sipitang, menurut pengurus besar Pejabat Wilayah Petronas,'
Labuan, Joseph Podtung.
Podtung tidak menerangkan bagaimana dan sejauh mana aktiviti itu akan memberi
kesan kepada pertanian, pengangkutan dan seumpamanya.
Persoalannya, kenapa projek bermagnitud sedemikian (RM4.6 billion) hanya mampu
menyedi- akan 400 pekerjaan.
Saya hanya dapat membayangkan ia adalah projek yang khusus dan oleh itu
memerlukan pekerja yang mahir. Jika begitu, masyarakat Sipitang bukanlah
penerima manfaat yang utama.
Seterusnya berapa banyak pengaruh YB kita dalam memastikan masyarakat Sipitang
disesuaikan dalam projek ini. Saya amat yakin jika projek ini beroperasi
sepenuhnya, mereka tidak akan dapat mendekati premis ini.
Kami belum lagi mendapat maklumat tentang baja ammonia dari sebelah pihak
sekiranya ada.
Setakat ini kita hanya ketahui berdasarkan maklumat dengan membaca daripada
negara lain yang mempunyai pengalaman dengan penghasilan baja ammonia, gas tidak
berwarna dengan bau yang tajam, boleh membahayakan kesihatan.
Ini boleh menjadi isu di masa hadapan dan patut diberi penjelasan lebih awal
kepada masyarakat.
Oleh Amde Sidek
|