Kembalikan Maruah dan Hak Rakyat Sabah
KOTA
KINABALU, Apr 4, 2012:
Sekumpulan penduduk-penduduk Kg Sembulan Lama seramai lebih dari 80 orang yang
diketuai oleh Encik Marali Isnain, telah mengadakan majlis suai kenal di rumah
beliau. Turut hadir dimajlis tersebut ialah mantan Menteri Kewangan Sabah era
BERJAYA.
Datuk Hj Mohd Noor Mansur, Setiausaha Agung SAPP merangkap Pengerusi SAPP CLC
N.17 Tanjung Aru, Datuk Richard Yong We Kong, Pen. Ketua Penerangan SAPP Encik
Bahari Aship, Pengerusi Cawangan SAPP Sembulan Selatan Encik Kassim Busok dan
beberapa orang ahli SAPP dari Tg Aru dan Putatan.
Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Marali Isnain, hasrat penduduk Kg Sembulan Lama
untuk menubuhkan cawangan dan seterusnya menyertai Parti Maju Sabah (SAPP).
Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap Kerajaan BN terutama sekali Wakil Rakyat
yang sudah berkhidmat sebagai YB selama 3 penggal (15 tahun ), langsung tidak
perihatin terhadap masalah rakyat dikawasan ini. Banyak janji-janji yang dikata
tetapi tidak pernah dikota (janji-janji kosong).
Masalah air, tenaga letrik, jalan raya, perumahan dan masalah kaum nelayan yang
diutarakan beberapa kali, tidak satu pun mendapat perhatian dan layanan.
Beliau dan pengikut-pengikutnya mengambil keputusan untuk menyertai SAPP atas
dasar sebagai parti tempatan Sabah yang mengamal konsep berbilang kaum.
Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, berterima kasih kepada Encik
Marali dan pengikut-pengikutnya kerana menunjukkan minat menyertai SAPP dan
sanggup berjuang demi perubahan. Menurut beliau berdasarkan DASAR REFORMASI
TANAH dan PELAN EKONOMI SAPP, yang sudah dilancarkan, Kerajaan SAPP akan
bernekad untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah rakyat yang diceroboh dan
dirampas dan seterusnya berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat
khasnya dan Negeri Sabah amnya.
Dalam tinjauan beliau dikawasan N 17 Tg Aru ini, banyak aduan-aduan rakyat
berkenaan dengan masalah-masalah perumahan, lampu dan air, perparitan, jalan
raya, jambatan, sampah sarap, masalah PTI hanya didengar telinga kanan keluar
telinga kiri oleh Wakil Rakyat kawasan ini. Lebih 45 tahun kita merdeka, rakyat
Sabah bukan bertambah senang malah mengalami kehidupan yang lebih susah dan
teruk. Beliau menyarankan bahawa rakyat Sabah harus sedar dan bangkit untuk
membuat perubahan demi anak cucu kita. Beliau memohon supaya rakyat memilih SAPP
dalam pilihanraya yang akan datang ini untuk kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dalam ucapannya, kagum dengan hasrat dan semangat
juang dan mahukan perubahan penduduk Sembulan lama ini. Walaupun dengan usia
yang sudah lanjut, memandangkan situasi menyedihkan rakyat dan negeri Sabah
sekarang ini, beliau sanggup untuk sama-sama berjuang dalan parti SAPP sebagai
parti tempatan Sabah yang mengamalkan konsep berbilang kaum. Kita tidak perlu
dengar persepsi luar yang mengatakan SAPP ini parti kaum Cina. Persepsi ini
sudah dianggap lapuk dan tidak boleh dipakai dan dalam parti SAPP sekarang ini
terdapat ramai kaum bumiputra sama-sama berjuang untuk mempertahankan maruah dan
harga diri serta hak rakyat Sabah yang sudah terhakis selama ini.
Menurut beliau Kerajaan UMNO/BN Sabah sudah tidak releven untuk terus memerintah.
Sejak mencapai kemerdekaan dibawah UMNO/BN, Sabah sudah menjadi negeri termiskin
di Malaysia. Tanah-tanah rakyat Sabah di rampas dan dicerobohi, hasil minyak dan
gas Sabah 95% ditelan Kuala Lumpur dan Sabah hanya tinggal 5%. Gas hak milik
Sabah disalurkan ke Bintulu untuk diproses melalui tanah-tanah rakyat dengan
percuma.Dengan projek sebesar ini Sabah pasti akan mengalami kerugian besar.
Datuk Hj Mohd Noor Mansoor memohon keperihatinan rakyat Sabah supaya bersatu
padu dan memberi sokongan padu kepada SAPP, parti tempatan Sabah untuk
menyelesaikan seribu satu macam masalah yang kita hadapi selama ini.
Dalam majlis penutupan, Encik Marali Isnain telah menyerahkan 80 borang keahlian
SAPP kepada Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong disaksikan oleh
Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan semua yang hadir.
|