Siasat penyalahgunaan
kuasa oleh pemimpin Umno
'Siasat Datuk S ada perempuan simpanan' Datuk S berbelanja besar demi wanita
itu
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa yang berkenaan digesa menjalankan siasatan
menyeluruh terhadap laporan berita kontroversi dalam portal berita dalam talian
Sabahkini.net mengenai seorang pemimpin kanan Umno Negeri mempunyai perempuan
simpanan Filipina.
Membuat gesaan itu, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Chong Pit Fah
berkata, laporan berita itu memerlukan perhatian segera dan siasatan menyeluruh
kerana pemimpin kanan Umno negeri ini didakwa sebagai telah menyalah guna
jawatannya sebagai seorang penggubal undang-undang semata-mata untuk memuaskan
keinginan peribadinya mempunyai perempuan simpanan Filipina, yang dipercayai
pada asalnya seorang pendatang tanpa izin.
Adun Negeri Umno yang dikenali sebagai 'Datuk S' (nama dikenal pasti) itu
didakwa menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia
untuk perempuan simpanan Filipinanya itu.
Dilaporkan juga, wanita itu datang ke Sabah menggunakan Pasport dan Visa
Filipina tetapi gagal memperbaharuinya membuatkannya menjadi pendatang tanpa
izin tetapi ia terus tinggal di negeri ini sehingga "Datuk S" datang dan
membantunya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dan kemudian menjadikannya
perempuan simpanan.
Dilaporkan lagi, "Datuk S" itu juga dipercayai telah berbelanja besar untuk
wanita itu dengan membelikannya antara lain hadiah-hadiah mahal, rumah mewah dan
kenderaan.
"Membantu pendatang tanpa izin mendapatkan MyKad melalui pintu belakang jauh
lebih serius daripada mengambil mereka bekeja dan boleh dianggap sebagai satu
perbuatan mengkhianat. Perbelanjaan besarnya (Datuk S) terhadap perempuan
simpananya itu juga menimbulkan persoalan tentang kekayaannya yang berlebihan.
Dengan itu saya menggesa pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan
Pendaftaran Negala (JPN), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap "Datuk S"
itu.
Chong yang juga ketua bahagian SAPP Kepayan menekankan, perkembangan terbaharu
itu membuatkannya lebih penting dan perlu bagi kerajaan Persekutuan
mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), untuk menyiasat
secara menyeluruh masalah pendatang tanpa izin serta isu-isu berkaitan dengannya
di Sabah.
|