SAPP sedia bertanding di 9 DUN Zon Utara
KOTA
MARUDU,Apr 13, 2012: Parti Maju Sabah SAPP bersedia untuk bertanding di
Sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri DUN di kawasan Zon Utara pada
PRU-ke 13 jika sekiranya pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Jun
ini.
Naib Presiden parti SAPP Japiril Suhaimin berkata, partinya optimis
dengan sambutan hangat yang diberikan oleh para pengundi dan penyokong
parti tersebut hingga ke akar umbi dalam siri ceramah dan seminar
kefahaman parti yang telah diadakan seluruh negeri.
Menurut ramalan para penganilisis parti politik jika benar tahun 2012
sebagai tahun pilihanraya umum oleh Kerajaan maka ramalan formula dari
tahun tarikh merdeka 1963 hingga 2012 semua berakhir dengan angka 9
tahun iaitu setiap kerajaan yang memerintah selama 9 tahun dan kini
UMNO sudah berumur 9 tahun memerintah Sabah.
Katanya,Ħħ Memandangkan kini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
ditarajui UMNO di Sabah sudah terlalu banyak hal dan perkara yang telah
membuatkan rakyat Sabah bosan ditindas dari segala sudut ekonomi sosial
dan juga politik.
Tambahnya lagi, masalah pemilikkan tanah yang serius dan tambah
kelemahan dan amalan rasuah berlaku di pihak jabatan berkenaan serta
campur tangan para pemimpin politik terhadap kawasan tanah yang luas
menyebabkan rakyat di kawasan utara terus dihimpit masalah.
Katanya lagi, kerosakan jalan utama dirasaia apabila jalan-jalan utama
diantara pekan di utara masih ditahap yang rendah dan tidak memuaskan
walaupun memang tidak dinafikan ada usaha daripada pihak kerajaan.
Beliau berucap pada penutupan kursus persediaan Pemuda dan Wanita SAPP
pilihanraya zon utara terdiri lima kawasan DUN iaitu Banggi, Kudat,
Matunggong, Tandek, Pitas di sebuah hotel disini, Sehubungan itu para
pemimpin sayap utama Wanita dan Pemuda SAPP disaran agar perlu peka dan
berdampingan kepada rakyat serta memberikan kefahaman dan suasana
politik masakini.
Tambahnya, beliau yakin hanya parti SAPP boleh dijadikan parti
perlindungan yang dapat menjamin serta menjaga hak-hak penududuk
tempatan terutamanya hak pemilikan tanah, dan yang nyata para pemimpin
BN di kawasan ini tidak mampu memberikan jaminan penyukatan tanah yang
sudah lama terbengkalai.
Sementara itu pengerusi penganjur yang juga mantan ADUN Bengkoka Encik
Johanis Piut, berkata beliau bersama-sama dengan para penduduk di lapan
belas buah kampong dimukim Dandun telah berusaha dan memastikan agar
tanah kepunyaan penduduk kampung tidak diceroboh Katanya, jika benar
pihak BN prihatin terhadap masalah tanah yang menjadi masalah utama di
Kota Marudu dan Pitas, mereka tidak memberikan geran komunial yang
tidak menjamin masa hadapan para petani disini katanya pun tidak
diambil pihak Begaraya Sdn.Bhd, sehingga paling terakhir beliau
berusaha dan Berjaya dalam rayuan agar pihak syarikat berkenaan tidak
menceroboh atau memasuki tanah kepunyaan penduduk di Pitas khasnya dan
mahkamah sudah memutuskanya.
Katanya, jelas sekali wakil rakyat kerajaan BN tidak dapat membantu
atau pun membela rakyat khasnya yang melibatkan masalah tanah, jadi
apalah faedahnya kita masih lagi percaya dengan wakil rakyat BN yang
gagal memberikan harapan pada masyarakat, kerana tanpa tanah penduduk
yang juga petani masih lagi dihimpit dengan masalah kemiskinan yang
masih menjadi perkara nombor satu di Pitas.
Katanya, pihak parti dengan kerjasama ketua pemuda zon Utara Encik
Jaely Medong dan Setiausaha exco Pemuda pusat Stephan Gaimin merangkap
Penolong Setiausaha Penganjur merakamkan ribuan terima kasih dengan
kerjasama para pemimpin setiap CLC zon utara atas program pemantapan
pergerakan pemuda dan wanita dapat dijayakan. Beliau juga berharap agar
setiap clc bersedia bermula daripada sekarang turun padang dan
meyampaikan mesej parti ke peringkat akar umbi kerana perjuangan SAPP
adalah untuk menang dimana-mana kawasan yang ditandingi.
|