Janji-janji kosong
KOTA BELUD, April 30, 2012: Penduduk Kampung Malangkap Tomis mendesak
Kerajaan untuk mengambil perhatian dan bertindak dengan segera terhadap
keadaan jalan gravel menuju ke kampung mereka yang telah mengalami
kerosakan teruk selama beberapa tahun tanpa penyelenggaraan oleh pihak
Kerajaan.
Ketika membuat lawatan ke cawangan SAPP Kg Malangkap Tomis pada petang
tadi, Ketua Bahagian SAPP Puan Agnes Liewpin dan ahli ahli meninjau
keadaan jalan tersebut yang semakin teruk dan merbahaya di lalui
terutama sekali semasa hujan lebat.
Mengikut penjelasan En Victor Lankin yang mengetuai tinjauan tersebut,
seramai 200 lebih penduduk tinggal di Kg Tomis, dan hampir setiap hari
tidak kurang daripada 50 buah kenderaan akan melalui jalan tersebut.
Oleh yang demikian, hampir setiap tahun pada masa tengkuju penduduk
kampung terpaksa mengadakan gotong royong menggunakan tenaga dan
kewangan sendiri untuk membaiki jalan tersebut agar boleh dilalui oleh
kenderaan dengan selamat. (Gambar menunjukkan kerja gotong royong
membaiki jalan tersebut pada tahun 2011 di sertakan)
Sebagai mengulas kepada pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang meluluskan projek RM40 juta menaik taraf
jalanraya Kadamaian, Puan Agnes amat berharap ini akan menjadi
kenyataan kerana rakyat telahpun bosan dengan janji janji yang telah
ditaburkan oleh Wakil Rakyat ketika musim berkempen pada PRU 12.
"Inilah janji janji kosong mereka, sejak PRU 11 (2004) dan juga PRU 12
(2008). Wakil rakyat Kadamaian sudah 13 tahun berkhidmat sebagai ADUN,
8 tahun sebagai pembantu menteri, selalu mengagung agungkan UMNO/BN
tapi gagal sebagai wakil rakyat dan mengotakan janji" katanya.
Beliau menyoal apakah Wakil Rakyat Kadamaian dan Ahli Palimen Kota
Belud tidak tahu penderitaan dan kesusahan Penduduk Kg Tomis Dan Kg
Kapa sehingga boleh terlepas pandang daripada peruntukan yang di
luluskan oleh Timbalan Perdana Menteri?
Demikian juga salah seorang penduduk Kg Tiong mengatakan, Ahli Palimen
Kota Belud telah berjanji untuk mengaspal jalan malangkap. Sudah hampir
4 tahun masih belum ada nampak hasilnya. Adakah kali ini juga akan
begini nasib kami? Kelulusan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana
Menteri akan dimulakan tahun depan dan adakah ini hanya suatu gimik
politik?
Pada masa yang sama, penduduk di Kg Malangkap Kapa juga merungut dengan
keadaan jalan gravel yang telah memberi ketidak keselesaan kepada
kehidupan mereka yang tinggal berdekat jalan kerana rumah mereka
dicemari habuk semasa kemarau.
Puan Agnes mengesyorkan kepada penduduk penduduk kampung sekiranya SAPP
di beri mandat untuk membentuk kerajaan, Kerajaan SAPP akan menitik
berat dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat tanpa mengira bangsa dan
kaum . Kemudahan asas seperti jalanraya, air dan elektrik adalah suatu
tanggung jawap dan kewajipan kerajaan, untuk diberikan kepada rakyat
tanpa perlu di pohon dan diminta.
|