Gaji minimum sekadar retorik, tidak menfaatkan pekerja swasta
TENOM,
May 5, 2012: Pengumuman Perdana Menteri Dato¡¯ Seri Najib Tun Razak
berhubung gaji minimum sektor swasta tidak lebih sekadar retorik
politik yang bertujuan mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya
umum (PRU) ke 13.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar)
berkata demikian pada Rabu sebagai mengulas pengumuman itu yang
disifatkannya sebagai ¡®tidak wajar¡¯ dimana Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan dibayar RM800 atau kira kira RM3.85 sejam manakala
Semenanjung RM900.
Beliau berkata, kadar gaji minimum itu bagi sektor swasta yang
diumumkan kerajaan tidak memadai jika mengambil kira peningkatan kos
sara hidup masa kini yang sepatutnya wilayah Sabah dan Sarawak diberi
kadar bayaran tinggi yang terhimpit dengan kos tinggi berbanding
Semenanjong.
Roger berkata, pengumuman Perdana Menteri itu yang dibuatnya sempena
sambutan Hari Pekerja tidak berdasarkan kajian mendalam terutama ketika
rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau.
"Apa lah ertinya pengumuman yang diharap harapkan pekerja swasta supaya
diberi gaji minimum yang tinggi sekurang kurangnya RM1,000 keatas
supaya mereka setidak tidaknya tidak terlalu terbeban dengan kos sara
hidup sekarang. (dan)..ianya juga tidak terlalu membebankan majikan,¡±
tegas Roger.
"Saya sifatkan gaji minimum yang diumumkan itu tidak memberi menfaat
apa apa kepada para pekerja swasta kerana setelah ditolak caruman KWSP,
Insuran berkelompok dan lain lain bayaran maka pekerja itu masih
berpendapatan dibawah paras kemiskinan,¡± tambahnya lagi.
Beliau menambah, pengumuman itu sama seperti pengumuman skim Saraan
Baru Perkidmatan Awam (SBPA) yang tidak berdasarkan kajian mendalam
hingga akhirnya kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaannya.
Dalam pada itu, Roger turut menyarankan Kementerian Tenaga Rakyat agar
mengkaji serta memberi garis panduan kepada para majikan swasta supaya
menetapkan 8 jam sehari bekerja manakala pada hari Sabtu 5 jam.
Tegasnya, adalah kerana terdapat rungutan dikalangan pekerja swasta
yang diarah bekerja melebehi 8 jam tanpa bayaran elaun kerja lebih masa
termasuk hari Sabtu yang melebehi 5 jam.
"Trend seperti itu perlu dibendung oleh Kementerian terbabit kerana
kita tidak mahu melihat pekerja swasta terlalu terbeban dengan masa
yang terlalu lama bekerja sedangkan gaji yang mereka terima tidak
setimpal dengan kerja kerja yang mereka lakukan. Ini juga salah satu
penghalang kepada produktiviti Negara yang dihasilkan swasta,¡± tegasnya.
Oleh: Ambrose M. Matthew
|