|
 |
|
|
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
Message
Yong Teck Lee:
"This is my promise to you, that our struggle continues and I will
always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are
fundamental to the future of a country or a government or, in our case,
SAPP as a serious political party of the future"
------------
Send us yours to publish |
|
|

2012 May 20 - Menukar kerajaan pilihan rakyat jika gagal memenuhi aspirasi rakyat
Menukar kerajaan pilihan rakyat jika gagal memenuhi aspirasi rakyat
TENOM, Mei 20, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah
(SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa ketiadaan kuasa otonomi kerajaan
negeri menyulitkan para wakil rakyat disesuatu kawasan untuk
melaksanakan sesuatu pembangunan yang mendesak. Ekoran masalah itu ia
terpaksa tertangguh beberapa bulan sebelum kelulusan mutlak diperolehi
dari kerajaan Pusat.
Beliau berkata, terdapat laporan sebelum ini mengatakan Guru Guru
terpaksa menyewa rumah kampong kerana ketiadaan perumahan disediakan
kerajaan selain laporan berhubung kedaifan sekolah terutama sekali
infrastruktur pendawaian elektrik.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa sekolah yang telah pun dikenal
pasti lokasinya sering dilanda banjir seperti SK Kalang-Kanar, malah SK
St Anthony yang mengalami runtuhan tanah beberapa tahun lalu malah
sekolah terbabit telah mendapat arahan berpindah oleh pihak Jurutera
Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak selamat untuk dihuni.
Agak malang sekali, meskipun beberapa siri lawatan Menteri Negeri dan
Timbalan Menteri Persekutuan ke tapak tersebut sebelum ini tetapi
sehingga sekarang tiada kelihatan tanda tanda tindakan telah diambil
oleh kerajaan, tegas Roger.
"Kalau kita bandingkan keadaan taraf sekolah bandar diSemenanjong dan
yang ada dikawasan Pedalaman terdapat jurang perbezaan yang jauh sekali...diSemenanjong
bilik darjah berhawa dingin manakala kita disini jangankan berhawa
dingin...infrastruktur pendawaian elektrik pun usang bertahun tahun
lamanya tidak dibaiki," kata beliau ketika majlis perjumpaan rakyat
sempena menyambut Pesta Kaamatan di Kg Kalang pada Sabtu.
Tegasnya, keadaan sebegini memaksa rakyat tiada pilihan selain membuat
suatu keputusan drastik untuk menukarkan kerajaan yang ada secara
demokratik menerusi peti undi pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13)
yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.
"Rakyat sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sejak beberapa penggal
Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan. Jalanraya dikampong kampong
tidak ubah seperti jalan kayu balak...lobang sini, lobang sana manakala
air terus melimpah dipermukaan jalanraya kerana sistem perparitan tidak
diselenggara. (Jadi)..kenapa rakyat tidak marah," tegas Roger.
"Siapakah yang harus dipersalahkan jikalau keadaan jalanraya terlalu
daif? Tidakkan kerajaan semudah itu menyalahkan kontraktor tanpa apa
apa tindakan...tetapi sebaliknya kerajaan harus bertanggung jawab untuk
menamatkan khidmat kontraktor yang tidak memberi perkhidmatan yang baik
dan melantik kontraktor baru yang berwibawa dan mampu melaksanakan
tugas tersebut dengan baik," tambahnya lagi.
Roger yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata,
beliau telah menggariskan halatujunya sendiri ketika mula melangkah
berjuang dalam politik menerusi SAPP dimana ekonomi satu satunya bidang
yang perlu dipertingkatkan malah perlu ditransformasikan secara serius
untuk merobah corak penghidupan rakyat khususnya dikawasan disini yang
masih jauh kebelakang tahap kemajuannya.
Beliau menambah, hanya dengan mengukuhkan ekonomi ke tahap yang lebih
tinggi akan dapat meletakkan martabat bangsa khususnya masyarakat KDM
di puncak ekonomi yang kukuh setaraf dengan kesukuan lain yang telah
pun menempah kemajuan sepertimana yang digariskan didalam wawasan 2020.
"Semua perancangan ini bukan ianya suatu angan angan atau impian
semata mata...tetapi ia tidak mustahil tidak dapat dilakukan jikalau
seseorang pemimpin itu serius dan gigih berusaha untuk menaiktaraf
penghidupan rakyat....(tetapi), ini bukan cerita dongeng berkisar lampu
ajaib atau lampu Aladdin yang mampu melakukan sesuatu dengan sekelip
mata. Apa yang penting kita jujur, telus dan ikhlas membantu rakyat," kata Roger.
Berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan Roger menegaskan bahawa,
perayaan tersebut perlu diteruskan disetiap Mukim atau kampong yang
bertujuan bagi mendekatkan lagi golongan generasi muda untuk memahami
secara dekat adat dan senibudaya yang ditinggalkan nenek moyang mereka
agar ianya tidak pupus ditelan zaman.
Turut hadir dimajlis itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Negeri
Sabah yang juga merupakan Ketua Star Bahagian Tenom Hasmin Azroy
Abdullah, Ahli Jawatankuasa Parti Star Tenom Mah Chin Lee dan Naib
Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi.
Oleh: Mail Mathew
|
  |
|
------------------------------------------------------- More Updates
----------------------------------------------------------------- |
|