 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
Message
Yong Teck Lee:
"This is my promise to you, that our struggle continues and I will
always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are
fundamental to the future of a country or a government or, in our case,
SAPP as a serious political party of the future"
------------
Send us yours to publish |
|
|

2012 May 27 - Jangan bimbang bantuan terus kekal selepas BN tumbang
Jangan bimbang bantuan terus kekal selepas BN tumbang
TENOM, Mei 27, 2012: Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP)
Roger Stimin mengingatkan rakyat bahawa mereka tidak perlu gusar atau
bimbang berhubung bantuan yang mereka terima sekarang ini daripada
kerajaan BN akan hilang selepas BN tumbang pada PRU-13 dan digantikan
kerajaan baru.
Beliau berkata, kemudahan bantuan yang mereka terima sudah menjadi
dasar kerajaan walaupun kerajaan ditukar berulangkali tetapi sekiranya
pembangkang ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan dasar tersebut
tidak akan berubah malah akan berterusan.
Tegasnya, tanggung jawab rakyat selaku pengundi perlu bersikap rasional
dalam setiap tindakan mereka supaya melakukan pilihan yang tepat demi
masa depan anak cucu cicit, seterusnya menolak jenis pemimpin yang suka
mungkir janji dan mereka yang bersikap suka bermuka muka ketika mereka
memerlukan sokongan rakyat.
"Kalau SAPP membentuk kerajaan selepas PRU-13, kita akan teruskan dasar
dasar kerajaan yang sedia ada tetapi kita kena semak mana mana dasar
yang kurang baik kita perbaiki atau ditambah nilainya...pembangunan
dikawasan kampong ditingkatkan,"kata beliau ketika merasmikan Pesta
Kaamatan Kg Barung-Namaatan pada Jumaat.
"Kita akan bangunkan sektor ekonomi kearah yang lebih pesat terutamanya
dari segi pertanian dengan menggalakkan seisi keluarga menanam tanaman
kontan seperti ubi, tebu, papaya secara komersial sama ada dipasarkan
secara terus atau diproses dijadikan produk makanan atau minuman
segera,"tambahnya.
Dalam pada itu, Roger turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa
kerajaan BN mengalami kesukaran yang agak tenat untuk melaksanakan
pembangunan dengan pantas kerana mereka terpaksa mendapatkan kelulusan
daripada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum sesuatu
pembangunan itu dilaksanakan.
Tegasnya, tidak ada sesuatu pembangunan boleh dilaksanakan sebelum
kelulusan mutlak diperolehi daripada kerajaan pusat kerana kerajaan BN
diSabah tidak diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan projek
pembangunan tanpa kelulusan pusat.
"Walhal...ketika pembentukkan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1963...kita adalah sama rata kuasanya.
Jikalau kita rujuk asas perjanjian pembentukkan Malaysia sepertimana
termaktub dalam 20 Perkara, pembangunan adalah hak kita untuk
melaksanakannya...anehnya, mengapa perlu dirujuk lagi perkara tersebut
ke kerajaan pusat,Ħħtegas Roger.
"Kita juga sepatutnya menikmati kemajuan pesat selari dengan kepesatan
kemajuan di Semenanjong...jalanraya berkelas tinggi, bangunan bangunan
tinggi, bangunan sekolah yang baik kerana status kerajaan kita adalah
sama rata," tambahnya lagi.
Oleh: Ambrose M Matthew
|
  |
------------------------------------------------------- More Updates
----------------------------------------------------------------- |
|