Infrastruktur asas di Sembulan terbiar oleh kerajaan
TANJUNG
ARU, Jun 8, 2012: Timbalan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah(SAPP)
Tanjung Aru Plaza, Encik Fong Chew Loong dalam rangka lawatan beliau
dan rombongannya di sekitar Sembulan, telah mendapati infrastruktur
asas di kawasan itu amat mengaibkan dan terbiar sekian lama tanpa
pengurusan dari pihak berkuasa.
Encik Fong merasa terkilan dan heran melihat sepanjang perjalanan parit
dan longkang yang seharusnya bersih, dipenuhi rumput rumpai dan
tersumbat dengan pelbagai sampah sarap.
Kejadian serupa ini bukan sahaja
menyakitkan mata memandang, tetapi mengakibatkan pembiakan nyamuk aides
yang akan mengancam penduduk penduduk dipersekitaran dengan pelbagai
penyakit seperti malaria,cirit birit dan lain lain.
Encik Fong dalam lawatan itu sempat menemui beberapa orang penduduk
yang melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan pemimpin pemimpin kerajaan
BN yang hanya memandang dengan mata sebelah keadaan susah yang dialami
rakyat. Kata mereka, nama saja kami ada Wakil Rakyat dikawasan ini,
siapa juga menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
tetapi tidak pernah nampak beliau turun padang untuk meninjau kesusahan
kami dikampung ini. Apa tah lagi untuk memberikan bantuan.
Yang anehnya bila sampai di dewan masyarakat Sembulan, Fong ternampak
perhentian bas yang dibina diseberang parit. Wang ke5rajaan sudah di
belanjakan tetapi membawa manfaat kepada rakyat.
Kalau dihemat hemati banyak lagi perkara perkara mengaibkan terdapat
dikampung Sembulan seperti sampah sarap yang melambak di sana sini,
masalah air dan lampu, jalan raya yang tidak diendahkan, masalah
perumahan dan pelbagai masalah seharusnya diambil perhatian dan
tindakan yang sewajarnya.
|