Pesta Kaamatan di Kg Sayap Sokid, Kadamaian

Jun 12, 2012- Pengerusi CLC N7 Kadamaian Pn Agnes Liewpin telah dengan
jayanya menyempurnakan upacara perasmian Pesta kaamatan Peringkat Kampung
Kg. Sayap Sokid, kawasan Kadamaian pada hari sabtu 9hb June 2012.
Pengerusi Penganjur Encik Joshua Duin merakamkan setinggi tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Agnes atas kehadiran
beliau yang tidak pernah menghampakan penduduk penduduk kg sayap sokid
kerana beliau berada bersama mereka merayakan Pesta Kaamatan tiap tiap
tahun.
En. Joshua juga mengucapkan terima kasih kepada En Sisimin Duraman, Ketua
Cawangan SAPP Kg Sayap, sebagai orang kuat atas initiatif beliau dan semua
ahli jawatankuasa yang bekerja kuat dengan semangat kerjasama yang jitu
demi untuk menjayakan pesta kaamatan setiap tahun.
Dalam ucapan, Puan Agnes memberi pujian kepada Penduduk penduduk kg sayap
atas semangat perpaduan yang diamalkan oleh mereka, kerana keunikan
tradisi di kampung sayap seperti pakaian tradisi yang beraneka ragam,
peralatan tradisi , kraftangan dan tarian tradisi yang ditonjolkan dan di
persembahkan oleh kanak kanak maupun orang tua dan dewasa, pada pesta
kaamatan yang telah dihadir oleh beliau selama ini telah menunjukan
penduduk penduduk kampung sayap sokid mengamalkan semangat perpaduan dan
kerjasama.
Dengan itu Beliau menyeruh agar pada pesta kaamatan akan datang dapat
memperhebatkan lagi program program oleh generasi muda agar dapat
menjadikan pesta kaamatan ini bukan sahaja sebagai landasan mempromosikan
khazanah seni warisan yang unik ini, tetapi juga dapat menonjolkan sifat
dan nilai nilai positif masyarakat kita kepada para pengunjung luar yang
hadir bersama sama. Seterusnya beliau merasmikan pesta kaamatan kg sayap
sokid dengan memalu gong sebanyak 5 kali.
 |
 |
|