Masalah tapak gerai-gerai Sembulan dibiar
TANJUNG
ARU, Jun 14, 2012: Dalam lawatan Ahli Majlis Tertinggi merangkap
Penolong Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Encik Bahari Aship di
sekitar Kg. Sembulan, beliau amat terkilan dan hairan sudah
bertahun-tahun penduduk Kg. Sembulan berjaja makanan dan minuman
ditapak gerai yang kurang sesuai, kerana berhampiran dengan tempat
membuang sampah dan tandas awam.
Penjaja-penjaja di kawasan itu terpaksa bertahan kerana sudah tidak ada
tempat lain untuk mereka berniaga demi menyara hidup harian keluarga
dan perbelanjaan anak-anak ke sekolah.
Tempat
letak kereta dimana gerai-gerai makanan itu juga penuh dengan
lubang-lubang yang mana air akan bertakung di musim hujan, tiang
elektrik (Gambar kiri - Risiko keselamatan tiang elektrik condong) yang
menerangi kawasan itu sudah condong menunggu rebah bila-bila masa
sahaja dan terdapat juga kaki lima kedai yang pecah dan berlubang (gambar
kanan - Lubang di kaki lima kedai Sembulan), semua ini mempengaruhi
keadaan perniagaan mereka.
Wakil Rakyat yang sudah berkhidmat tiga penggal (15 tahun), Datuk
Edward Yong yang juga Pem. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
tidak mengendahkan lansung tentang masalah dan kesusahan rakyat di
kawasan beliau. Sebagai wakil rakyat, beliau seharusnya menumpukan
perhatian terhadap penduduk di kawasan N17 Tanjung Aru.
Ramai penduduk di kawasan ini sudah hilang harapan dan kecewa terhadap
YB BN yang hanya menabur janji-janji kosong kepada mereka, lagi-lagi
pada musim kempen pilihan raya.
Dalam perbualannya dengan para penjaja di kawasan itu, ramai yang
merasa kecewa dengan layanan Kerajaan BN terutama Wakil Rakyat terhadap
keperitan dan keperluan hidup mereka. Encik Bahari Aship memberi
harapan dan menyarankan, kalau ditakdirkan SAPP mengambil alih Kerajaan
Sabah, SAPP akan memastikan masalah remeh-temeh ini akan dapat
diselesaikan.
SAPP akan menaik taraf tapak gerai-gerai menjadi pasar makanan dan
minuman yang teratur termasuk mempertimbangkan untuk pembinaan bumbung
bagi keselesaaan para penjaja dan pelanggan. Ini akan menaikkan lagi
taraf ekonomi dan kebaikan untuk penduduk kawasan Sembulan, Tanjung Aru.
|