Kekesalan atas tindakan MDT menebang pokok rimbun
TENOM, Jun 22, 2012: Beberapa pemimpin
masyarakat tempatan disini meluahkan kekesalan mereka terhadap tindakan
pengurusan Majlis daerah disini (MDT) yang menebang pokok rimbun yang
ditanam khas ditepi padang pekan yang antara lain bertujuan untuk
menahan tekanan haba selain penjagaan keindahan alam sekitar yang
berusia kira kira lebih 20 tahun lalu.
Keadaan itu menjadi persoalan hangat
disekitar warga pekan kerana mereka menganggap tindakan itu kurang
bijak dimana MDT sanggup memusnahkan pokok tumbuhan yang boleh membantu
menghasilkan udara yang bersih, sihat dan nyaman semata mata memberi
keutamaan kepada pembinaan tandas awam yang memang pun kemudahan itu
sudah ada sebelum ini.
Sekiranya keperluan untuk membina sebuah
tandas baru kerana mengambilkira pertambahan penggunanya terutama
ketika berlaku acara acara keramaian yang diadakan dipadang itu
sepertimana berlaku dimasa masa lalu, langkah proaktif menaiktaraf
tandas tandas awam yang sedia ada di tiga lokasi yang berada
berhampiran dengan padang pekan tentunya tindakan yang baik lagi
menjimatkan kos, tegasnya.
"Kenapa mesti mahu mengorbankan pokok
pokok yang sedia ada semata mata pembinaan tandas baru? Kenapa tidak
naiktaraf sahaja tandas yang sudah sedia ada ditepi padang dan satu
lagi dibawah astaka....(lagi pun), dengan pembinaan itu lanskap padang
sudah rosak mcam rojak keadaannya," tegas Rudy.
Manakala Kapitan Wong Tet Yun Naib
Presiden Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC) meminta MDT agar
menangguhkan projek tersebut untuk sementara waktu sambil mencari
kawasan yang lebih sesuai untuk projek itu dikawasan pekan.
Tegasnya, niat TCCC bukan mahu
menghalang atau menolak pembangunan yang dicadangkan oleh MDT khusus
untuk melengkapkan kemudahan awam tetapi ia adalah bertentangan dengan
kesesuaian pembinaannya dilokasi tersebut.
Wong berkata, dalam masa yang sama MDT
juga perlu mengambilkira impak alam sekitar dan akibatnya jika pokok
pokok yang sengaja ditanam dengan tujuan tertentu dimusnahkan begitu
sahaja.
Selain itu, ianya juga mempunyai
nostalgia yang mengingatkan kewujudan pekan ini sejak dari era kerajaan
kolonial lagi sehinggalah sekarang.
Oleh Mail Mathew
|