Masalah jambatan Kg Sembulan Lama
KOTA
KINABALU, Jun 29, 2012: Pengerusi Parti
Maju Sabah (SAPP) Cawangan Sembulan Selatan, Encik Kasim Busok,
melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap sikap Wakil Rakyat N17 Tg.
Aru dan Kerajaan BN yang mengabaikan kepentingan rakyet Kg. Sembulan
Lama.
Dalam lawatan beliau di kawasan tersebut, beliau mendapati jambatan
kayu yang menghala ke perkampungan Sembulan Lama bukan saja berkeadaan
amat aib tetapi ada yang lansung musnah tanpa jambatan.
Menurut penduduk di kawasan itu "kontraktor
telah datang dan membuka papan yang buruk sejak beberapa lama,dan
hingga sekarang tidak diperbaiki".
Kejadian
ini telah menyusahkan penduduk tempatan yang terpaksa bertiti diatas
paip air untuk menyeberang.
Encik Kasim Busok dan penduduk penduduk merasa heran kenapa Kerajaan BN
lebih menentingkan pelancong dengan pembinaan "Taman Sungai Sembulan"
yang berharga RM24 juta (800 meter dengan RM30 ribu satu meter)dari
memberi keselesaan kepada u rakyat tempatan dengan membaiki jambatan
jambatan kayu yang sudah usang dan membahayakan? Keadaan menyedihkan
ini bukanlah perkara baru tetapi sudah menjadi penghidupan yang
dihadapi rakyat bertahun tahun yang lalu.
Kerajaan BN amnya dan Wakil Rakyat (Datuk Edward Yong) khasnya harus
memberi perhatian serius terhadap kepentingan rakyat di kawasan ini
yang megalami keperitan hidup selama ini.
Kerajaan tidak seharusnya merasa
berbangga dengan projek projek yang tidak memberi manafaat kepada
rakyat, seperti apa yang dilaungkan "rakyat di dahulukan".
Encik Kasim Busok meminta pihak berkuasa
tempatan dan Wakil Rakyat di sini supaya mengambil tindakan serta merta
untuk mengatasi masalah ini.
|