Kekurangan bekalan
gula menyusahkan rakyat
KOTA KINABALU, Julai 5, 2012: Parti Maju
Sabah (SAPP) menyerukan kerajaan BN selesaikan kekurangan bekalan gula
dan harga dengan segera demi mengelakkan kesengsaraan rakyat
Rakyat Sabah amat terkilan mengapa tiap
kali menjelang hari perayaan seperti bulan Ramadhan, Hari Raya, rakyat
terpaksa mengalami kekurangan bekalan barangan keperluan seperti gula,
minyak makan, tepung, beras dan sebagainya.
Kali ini nampaknya menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama
lagi, kita di Sabah mula mengalami kekurangan gula di beberapa kawasan
seperti Kota Kinabalu, Penampang, Tg Aru dan kawasan luar bandar.
Apabila ditanya pihak pembekal dan pengedar, mereka memberi alasan yang
pihak kilang di Semenanjung tidak menghantar bekalan secukupnya ke
Sabah.
Kita khuatir kejadian kekurangan bekalan gula ini akan menjejas dan
menyusahkan rakyat terutama sekali rakyat yang akan menjalani ibadat
puasa yang menjelang tidak lama lagi. Umum mengetahui bahawa Pengedar
utama adalah sebuah Syarikat dimiliki FELDA sebuah agensi kerajaan.
Dato Shuaib Dato Mutalib, Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah
(SAPP), bila ditanya mengenai perkara ini merasa kesal dengan kejadian
ini dan meminta pihak Kerajaan BN Sabah supaya mengambil tindakan
segera untuk menangani masalah kekurangan gula yang dihadapi sekarang.
Bukan sahaja kita di Sabah kekurangan gula menjelang hari-hari perayaan
malah barangan keperluan seperti bawang putih walaupun ada dipasaran
tetapi harganya turut melambung yang sudah sampai ketahap RM 7.90
sekilo.
"Kita hanya berharap barangan keperluan lain seperti minyak, beras,
tepung tidak akan turut melambung ...," tambah Dato Shuaib.
|