Program Sinar suntik semangat baru pemuda
BEAUFORT,
Julai 10, 2012: Bersikap lebih wajar, sentiasa merendah diri, lebih
bersedia dan berani menghadapi cabaran merupakan antara pendekatan
program SINAR yang dikelolakan oleh Parti Maju Sabah CLC N.27 Lumadan
baru-baru ini.
(Gambar - Sebahagian peserta yang bergambar sebaik tamat
program)Program pada Ahad lepas di Bilik Gerakan Pejabat CLC Beaufort,
dihadiri oleh 60 org Pemuda mewakili Kawasan Lumadan, Klias, Membakut
dan Bongawan dan Sindumin. Menurut Pengerusi Penganjur program tersebut
Matmin Bacho, pemuda SAPP sudah melancarkan gerakan mereka sejak tahun
lalu dan giat menambah anggota. Selain persiapan pemuda menghadapi
pilihanraya, program ini juga mewujudkan jaringan setiakawan di antara
kawasan. Ini bagi membolehkan Pemuda bertukar-tukar pendapat dan saling
membantu apabila tiba masanya kelak.
Beberapa Penceramah dari Biro Latihan SAPP diketuai oleh Datuk Frankie
Chong telah memberikan input berguna kepada peserta seperti Pengucapan
Umum, Menifesto, gerakkerja dan sebagainya. Penceramah Biro Latihan
turut disertai oleh Edward Dagul, Ketua Pemuda Pusat, Stephen Gaimin
Pen. Setiausaha Penganjur dan Fredie Baikan dari sekretariat Pemuda.
Pengerusi CLC N.27 Lumadan Jamain Sarudin berkata, beliau yakin program
itu telah mencapai matlamat dan akan diteruskan di kawasan-kawasan
lain. Kesiapsiagaan pemuda dalam menghadapi pertempuran politik paling
sengit abad ini amatlah diperlukan.
"Pemuda perlu terus berada dihadapan dan menjadi pasukan paling kental
dan berhatiwaja. Tidak mudah goyah dan sentiasa berfikiran terbuka",
tambah beliau lagi.
Turut hadir bersama mengikuti perkembangan program tersebut ialah
Jaafar Ismail Pengerusi CLC Bongawan dan Thomas Chong Pengerusi CLC
Membakut dan Klias.
|