Sambutan Kaamatan terakhir tahun 2012
KOTA BELUD, Julai 10, 2012: Suatu majlis
sambutan kolipopuson kaamatan yang bermaksud kaamatan terakhir telah di
sambut dengan jaya dan meriahnya di rumah kediaman En Hsu Han Chun dan
isterinya Pn Agnes Liewpin.
Selaku Pengerusi SAPP CLC N7 Kadamaian dan juga Puan rumah, Agnes
memberi ucapan alu-aluan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Datuk Eric Majimbun, yang merasmikan majlis
tersebut.
Beliau menerangkan bahawa tujuan keramaian ini di adakan, selain
daripada menghormati erti pesta kaamatan yang telah diadakan pada bulan
Mei yang lalu di Kg Malangkap dan Kg Sogoh anjuran SAPP Kadamaian,
sambutan kaamatan terakhir ini juga perlu dan penting diadakan demi
untuk memupuk silaturahim, meningkatkan semangat perpaduan di antara
saudara mara, ahli ahli SAPP yang sempat datang jauh dari lain lain
kampung dan juga akan merapatkan lagi perhubungan rakan rakan
seperjuangan yang hadir daripada Parti Keadilan, dan Dap.
Dalam ucapan Puan menyentuh pasal pentingnya untuk rakyat sedar dan
faham perjuangan Parti pembangkang terutama sekali SAPP, kerana sudah
terlalu banyak masaalah masaalah yang tidak menguntungkan rakyat Sabah
sejak pemerintahan Barisan Nasional dan dalam keadaan ini rakyat tidak
ada pilihan selain membuat suatu keputusan drastik untuk menukarkan
kerajaan yang ada secara demokratik menerusi peti undi pada pilihanraya
umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila bila masa dari
sekarang.
Beliau menyeruh rakyat perlu bijak dan pintar untuk buat keputusan kali
ini sambil menyentuh pasal 8 perkara Deklarasi SAPP yang telah
dilancarkan sejak SAPP keluar Barisan Nasional, dimana beliau
mengatakan telah lambat untuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
memberitahu rakyat sudah tiba masa untuk kerajaan mendengar suara
rakyat, dan Kerajaan sekarang haruslah sebuah kerajaan yang berasaskan
rakyat.
Dalam masa yang sama Pn Agnes juga membidas kenyataan Pemimpin BN iaitu
Dr Maximus Ongkili kini baru memohon peruntukan tambahan daripada Pusat
Kerajaan supaya dapat menampung kos pengukuran tanah untuk permohonan
tanah yang tertunggak di negeri Sabah selama ini.
Beliau memperkenalkan Dasar Reformasi Tanah SAPP untuk negeri Sabah
yang telah dilancar pada 8 November 2011.
Turut memberi ucapan ialah Penasihat Parti Datuk Hj Mohd Nor Hj Mansor,
yang memberitahu selaku anak watan Kota Belud, beliau ingin lihat semua
anak anak watan Kota Belud berani mengambil langkah yang pintar dan
bijak jikalau rakyat mahukan perubahan di daerah Kota Belud, jika
penduduk penduduk ingin lihat Kota Belud sebagai suatu bandar yang maju
dengan ekonomi yang baik supaya tidak ada seorang pun masih tinggal
dalam keadaan yang susah dan miskin.
Dengan itu Beliau mengajak semua pemimpin pemimpin pembangkang tempatan
akan kerjasama, satukan tekad dalam suatu perjuangan yang sama untuk
menumbang kerajaan Barisan Nasional.
Dalam ucapan perasmian Datuk Eric Majimbun, Beliau ucapkan penghargaan
kepada En Hsu Han Chun atas usaha anjuran kaamatan terakhir ini. Beliau
juga ambil kesempatan untuk menerangkan salah suatu manifesto SAPP
iaitu pengeluaran IC Sabah, dan Pelan ekonomi untuk orang Sabah.
Beliau juga menyentuh pentingnya kita saling hormat menghormati di
antara suatu sama lain yang berlainan kaum dan ugama, dan sambutan
sambutan seperti majlis pada petang ini merupakan jayanya semangat ahli
ahli SAPP yang mengamalkan 7 nilai budaya SAPP yang pertama iaitu
Perpaduan.
Turut memeriahkan lagi acara sambutan ini adalah tarian tarian tradisi
daripada wanita wanita wargatua daripada Kg Bundu Paka dan band
daripada Kadamaian Sound, Kg Kabayau.
Turut hadir ke sambutan Kolimpopuson Kaamatan terdiri daripada ahli
majlis tertinggi Peter Marajin, Abdul Malek, Pengerusi CLC Matunggong
Richard Juin, Pn Rudis dan rombongan.
|