Sabah harus bangkit, berubah dan maju
Oleh Joseph Lakai
(Julai 16, 2012)
Salam revolusi minda teman2 terhormat,
Bangsa Eropah, Amerika, Korea dan Jepun menjadi bangsa yang maju kerana
mereka menyedari erti pentingnya Ilmu Pengetahuan dan Teknologi (IPTEK)
dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.
Kita sebagai bangsa yang mempunyai keinginan untuk maju, juga harus
menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan tersebut untuk memperoleh
kemajuan tersebut.
Mulai dari sekarang kita harus bangun dari terlelapnya mimpi yang
berpanjangan ini. Bangkit dan bergerak maju demi kehidupan bangsa yang
kita harapkan sejajar dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju terlebih
dahulu.
Sabah adalah negeri yang besar. Besar penduduknya, luas wilayahnya, dan
kaya akan hasil alamnya.
Kita harus malu kepada bangsa lain yang kecil dengan kekayaan alam yang
amat sedikit tapi mereka boleh maju berbanding kita.
Luasnya wilayah Sabah dan Sarawak serta kekayaannya yang lebih melimpah
dari Jepun yang kecil akan tetapi Jepun berjaya menguasai Ilmu Pengetahuan
dan Teknologi (IPTEK) dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi
sehingga dapat duduk sejajar dengan bangsa Eropah dan Amerika.
Seandainya ilmu pengetahuan rakyat kita lebih maju, Indonesia dan Filipina
takkan berani menceroboh wilayah kita. nelayan-nelayan asing takkan berani
mengaut kekayaan sumber laut kita. Dengan menguasai Ilmu Pengetahuan dan
Teknologi (IPTEK) dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, kita
takkan guna freeport di Malaya. Demikian, tiadalah dasar kabotaj yang
menindas rakyat Sabah.
Kerana lemahnya IPTEK kita maka kekayaan kita telah dikelola oleh bangsa
asing dan mereka mencerobohnya untuk memperkayakan negeri/ negara mereka.
Karena ceteknya IPTEK kita, kedaulatan sabah ini diceroboh oleh campur
tangan asing. Kerana ceteknya IPTEK kita maka dasar kabotaj menyekat
pertumbuhan ekonomi kita.
Apakah kita akan membiarkan pulau-pulau kita yang lain terlepas setelah
Labuan dan Block L & M kita lepaskan begitu saja?
Seperti yang kita ketahui bahawa Labuan adalah salah satu pulau terkaya.
Lombong minyak dan gasnya nombor satu di dunia.
Karena kurangnya penguasaan IPTEK oleh rakyat kita, maka dengan relanya
kita menyerahkan pulau itu kepada Malaya. Pekerja kita hanya sekadar buruh
kasar di sana kerana memang Malaya sudah menguasai IPTEK.
Kita hanya dapat segelintir saja dari kekayaan minyak Labuan. Pun rakyat
labuan memberontak karena kekayaan bumi mereka tidak dapat mereka nikmati
sendiri. UMNO-BN terus saja menjadi provokator agar Labuan kita lepaskan.
Apakah ini bukan menceroboh kedaulatan bangsa?
Marilah bersama-sama kita bangunkan bangsa ini. Kuasai IPTEK demi kemajuan
bangsa ini. Kita harus yakin suatu saat kita pasti menjadi bangsa yang
besar dan maju bahkan menjadi bangsa superpower dan perkara ini bukan
mustahil.
Semoga saja anggaran pendidikan 20% yang dijanjikan pemerintah baru-baru
ini boleh direalisasikan. Kita bangunkan bangsa ini dengan kegigihan,
ketekunan, kerja keras dan kejujuran. Kuasai Ilmu Pengetahuan dan
Teknologi (IPTEK) dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi agar kita
menjadi mulia setaraf dengan bangsa asing.
Harus diingat, negara yang berasakan kejuruteraan sahaja yang akan dapat
berkuasa dan mengawal ekonomi. Lihat contoh seperti Amerika dalam
teknologi angkasa dan perisian komputer, Jepun dalam teknologi elektronik,
mekanikal dan automotif, Perancis dalam teknologi penerbangan dan
teknologi pemakanan, German dalam industri mekanikal dan perubatan, Korea
dalam teknologi perkapalan dan nuklear, Singapura dalam teknologi
perkapalan, Australia dalam teknologi perlombongan,
Taiwan dalam teknologi pembuatan dan sebagainya, malah China yang suatu
ketika dahulu termiskin sudah menguasai industri pembuatan dan pembinaan
sejak rakyatnya mengambil sikap PERUBAHAN.
Sabah dan Malaysia amnya BILA LAGI?
Joseph Wilfred Lakai ialah Naib Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) N34 CLC
Liawan
|