Cepatkan pembinaan bangunan sekolah yang rosak
Oleh
Jack Giau
Kerajaan perlu adil percepatkan pembinaan bangunan sekolah yang rosak
dilanda ribut taufan
KOTA BELUD, Julai 19, 2012: Pihak kerajaan terutama PPD Daerah Kota Belud
seharusnya tidak melengah lengahkan penyaluran peruntukan pemulihan
bangunan yang rosak teruk di Kg Piasau.
Selaku penduduk dan ibu bapa para murid SK Kg Piasau sudah tentunya marah
dengan kelewatan pemulihan kelas SK Kg Piasau.
Untuk menangani masalah rakyat di kawasan Kadamaian amnya SK Piasau yang
masih belum menerima peruntukan sewajarnya semenjak mengalami bencana
dimana difahami, jika berlaku kerosakan sekolah di semenanjung Malaysia
(Malaya) kerajaan persekutuan dengan sekelip mata menyalurkan peruntukan
untuk pembaikan bangunan yang rosak tetapi jika di Sabah dan Sarawak yang
berlaku menunggu berbulan-bulan untuk di salurkan. Selang beberapa hari
kejadian taufan merosakkan SK Piasau Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri
Dato Muhiddin Yassin telah mengumumkan pembinaan dewan serbaguna di salah
satu sekolah di semenanjung dengan peruntukan ringgit 1.2juta, kenapa SK
Piasau Menteri berkenaan tidak memberi peruntukan seperti yang diumumkan
di semenanjung?
Kerajaan sepatutnya berlaku adil ke atas apa juga pembangunan termasuklah
kerja-kerja kecemasan yang melanda negara ini tanpa mengira siapa YB atau
parti yang berkhidmat di kawasan tersebut, kerana ianya tanggungjawab
kerajaan menjamin pembangunan sama rata di seluruh negara termasuklah
Sabah dan Sarawak, apa yang malangnya ialah Sekolah SK Kg Piasau pada saat
ini murid dan guru mengalami kesukaran mengadakan pembelajaran anak anak
kerana bangunan sekolah belum lagi dibaiki dan tabung PIBG difahamkan
sudah habis untuk membiayai projek pembaikan pulih bangunan dan membina
kantin sementara untuk murid-murid dengan usaha sama para tenaga pengajar
dan persatuan PIBG, pekerja yang diupah membaiki bangunan sementara itu
belum juga dibayar upahnya oleh pihak PIBG kerana tidak mempunyi tabungan
kewangan.
Menurut penjelasan wakil rakyat sana, ketika dihubungi makluman progress
peruntukan pembaikan adalah tanggungjawab PPD Daerah Kota Belud yang
sepatutnya bertindak segera untuk menangani masalah di SK Kg Piasau bahkan
kami difahamkan oleh YB berkenaan hanya RM30 ribu saja yang dipohon oleh
PPD untuk melaksanakan pembaikan kerosakan sedangkan RM300 ribu kerajaan
BN telah pun meluluskan peruntukkannya untuk perlaksanaan pembaikan
kerosakan sekolah tersebut kemana perginya lebihan peruntukan itu?
Selaku ibubapa serta penduduk Kg Piasau amat bersetuju Persatuan PIBG SK
Piasau mengesa pihak PPD Daerah agar berusaha membantu menyelesaikan
masalah bangunan sekolah SK Piasau agar dibina semula, dan jika kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia prihatian tanpa pilih bulu demi untuk
memajukan taraf pendidikan luar Bandar kami merayu agar bangunan baru
konkrit SK Piasau perlu diberi kelulusan segera.
SK Kg Piasau adalah sekolah tertua di daerah ini selain daripada SK Pekan
Kota Belud, dan sepatutnya kerajaan terutama Kementerian Pendidikan
Malaysia menaiktarafkan sekolah SK Piasau setanding dengan SK Pekan Kota
Belud yang mana telah pun berubah wajah di kawasan Usukan. Mengikut
pemantawan saya kawasan Kadamaian tidak ada pembinaan sekolah baru selain
dari pada Sekolah SMK Tombulion, dibandingkan dengan kawasan Tempasak dan
Usukan yang mana kawasan DUN N8 Usukan Sekolah SK Sembirai dinaiktarafkan
SK Timbang Dayang, SK Kulambai, SMK Pekan II, Sekolah Agama Tun Said(baru)
dan di kawasan Tempasuk pula SK Rosok, SMK Taun Gusi2, SK Tamau tetapi di
kawasan kadamaian sekolah SK Piasau, SK Podos yang daif SK Ranggalau yang
sepatutnya sudah menerima bangunan Konkrit belum ada tanda-tanda penaikan
tarafnya, SK Tombulion juga memerlukan bangunan baru, SK Sayap, SK Nahaba,
SK Tangkurus, SK Tuguson semuanya ini sudah usang dan perlu diberi
perhatian oleh kerajaan.
Kita sudah mencapai 48 tahun merdeka dan tidak lama lagi kita akan
menyambut Hari Malaysia yang ke 49 semenanjung tanah Melayu sudah
menikmati perubahan tranformasi pendidikan dengan bangunan yang canggih
tetapi di Sabah dan Sarawak masih duduk dalam bangunan usang sama seperti
keadaan 30 tahun yang lalu.
Cadangan dan misi Perdana Menteri Malaysia mahu melihat tranformasi
drastik pendidikan negara setanding dengan negara negara seperti Singapura
dan Hong Kong, tetapi Sabah ketinggalan jauh ke belakang kerana keadaan
sistem pendidikan yang amat rapuh dan memerlukan transformasi avohul
keseluruhan dan mendesak kerajaan persekutuan untuk menyalurkan peruntukan
lebih kepada Sabah kerana faktor kemunduran, laut Cina Selatan bukanlah
alasan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak melihat masalah di
Sabah dan Sarawak yang diterajui oleh kerajaan BN, kerana langit terbuka
dengan jalur sesawang internet dengan sekelip mata Kerajaan tahu masalah
yang berlaku di seluruh Negara taraf pendidikan di Sabah yang mundur
rintihan para guru-guru warga pendidik SABAH sepatutnya didengar oleh
kerajaan Pusat.
Perancangan dan cadangan kerajaan untuk menukar PTPTN kepada biaiswa
dengan syarat pelajar mendapat status 1st grade dalam keputusan pendidikan
sudah tentu pelajar Sabah tidak akan mendapat keistimewan tersebut
sekiranya keadaan pendidikan di sabah tidak diambil perhatian dengan
serius mundur.
Penduduk Kota Belud Kadamaian baru-baru ini dengan harapan kehadiran
Timbalan Perdana Menteri ke daerah ini yang mana pertama kali kunjungan
oleh pemimpin Nasional kita bertaraf Timbalan perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran Malaysia mengharapkan pengumuman penubuhan satu
institusi pengajian tinggi yang di war-warkan di klayakan ramai iaitu
penubuhan Universiti teknologi mara yang dikatakan tapak pembinaannya di
Kg Nahaba tidak pula kesampaian dan terus tengalam, rakyat perpusu-pusu
untuk hadir ke perjumpan pemimpin bersama rakyat di Dewan SMK Narinang
namun untuk mendengarkan satu Tranformasi pendidikan RAKYAT DI DAHULUKAN
PENCAPAIAN DI UTAMAKAN amat menyedihkan keluhan YB Datuk Herbert Timbun
lagadan selaku Wakil Rakyat kadamaian memohon agar kerajaan BN mengambil
perhatian serius menyelasaikan masalah kedaifan infrastruktur perhubungan
jalanraya dikawasan Kadamaian sehingga beliau berkata, jika mendiang YB
Datuk Baggai Basirun menjadi wakil rakyat Kadamaian Berbagai-bagai masalah
dikawasan Kadamaian dan sekarang ini wakil rakyat Kadamaian Datuk Herbert
Timbun Lagadan bertimbun-timbun masalah katanya.
Dalam seisi ceramah Timbalan Perdana menteri di dewan SMK Narinang beliau
telah mengumumkan peruntukan pembinaan infrastruktur kawasan Kadamaian
termasuk jalanraya tetapi tidak di luluskan dengan serta merta seperti
yang berlaku di semenanjung dan rakyat terpaksa menunggu sehingga tahun
2013 barulah peruntukan disalurkan bagaimana sekiranya kerajaan BN tidak
lagi memerintah Negara ini adakah Peruntukan yang diumumkan masih rakyat
Kadamaian menikmatinya?
Jack Giau, Ketua Penerangan Zon Utara Tengah Parti Maju Sabah (SAPP)
mantan calon parlimen P169 tahun 2004
|