Kedudukan Kekal Mewah harus dikaji, bukan dipuji
TENOM, July 20, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP)
Roger Stimin (gambar) menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu terburu buru
memberi pujian prestasi kerja syarikat konsesi binaan jalanraya Kekal
Mewah Sdn Bhd sebelum ianya terbukti kebenaran keberkesanan prestasi
kerjanya.
Sebaliknya, kerajaan perlu meneliti dan menyemak teguran beberapa pemimpin
kerajaan mahupun pembangkang sebelum ini berhubung kelemahannya dan bukan
sekadar berlandaskan laporan atas kertas mahupun gambar gambar yang
dibekalkannya sebagai pelengkap laporannya, katanya.
Roger berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pembantu Menteri
Kewangan Datuk Donald Mojuntin di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
baru baru ini yang memberi pujian prestasi memuaskan terhadap Kekal Mewah
yang dipertanggung jawabkan melaksanakan penyelenggaraan jalan jalan
kampong diseluruh negeri ini amat bertentangan pada sebaliknya.
"Semua orang tahu diseluruh negeri ini kelemahan prestasi Kekal Mewah yang
sepatutnya kerajaan mengkaji status kontrak perjanjiannya dan bukan
membuat pujian. (Kerana), rakyat dikawasan akar umbi tahu semuanya tentang
Kekal Mewah," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Jumaat.
Ketika persidangan DUN Sabah pada Khamis, laporan memetik bahawa Pembantu
Menteri Kewangan Datuk Donald Mojuntin ketika menjawab Adun Bingkor Datuk
Justin Guka dipetik sebagai berkata Syarikat binaan Kekal Mewah
melaksanakan kerja dengan memuaskan berdasarkan laporan kerja yang
dijalankan yang mengikuti skop kerja yang dibuktikan berdasarkan gambar
gambar projek yang telah selesai disiapkan.
Dalam pada itu, Roger berkata, tidak dinafikan bahawa semua kerja kerja
yang dijalankan Kekal Mewah terdapat beberapa projek berupaya disiapkan
mengikut skop kerja dalam perintah am kerja (GWO) namun apa yang
dipersoalkan ialah prestasi syarikat itu untuk menyelesaikan kerja kerja
penyelenggaraan jalan jalan kampong yang merosot sekali.
"Dalam konteks inilah yang dipersoalkan rakyat dikawasan akar umbi, kerana
pengalaman sebelum ini pernah berlaku jalan jalan kampong kena menunggu
berbulan bulan untuk di selenggara, sedangkan dalam perjanjian syarikat
ini dipertanggung jawabkan dari segi menyelenggara selain mempastikan
jalan jalan kampong boleh dilalui kenderaan dari pelbagai jenis dalam
keadaan selesa," tegas Roger.
"Hari ini kita hairan pula? Secara tiba tiba sahaja kerajaan memberi
pujian konon prestasi Kekal Mewah memuaskan, sedangkan masyarakat luar
bandar pernah mencadangkan supaya perjanjian kontrak Kekal Mewah dikaji
semula. Mungkinkah mereka tidak ambil peduli rintihan rakyat...atau buat
buat tak tahu," tambahnya lagi.
Tambahnya lagi, beliau tidak berniat untuk mempertikaikan usaha kerajaan
dalam mengwujudkan sistem penswastaan keatas penyelenggaraan kemudahan
awam dan infrastruktur penduduk luar bandar sebagai langkah penjimatan kos
namun apa yang ditegaskannya adalah mengharapkan agar sesuatu tindakan
kerajaan memberi menfaat sepenuhnya kepada rakyat dikawasan luar bandar.
Oleh: Ambrose M Matthew
|