Pastikan UMCO bukan diperalatkan pihak tertentu
TENOM,
Julai 25, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Murut Sabah (PMS)
Jimmy Jawatah, menegaskan bahawa kemunculan Pertubuhan Masyarakat Murut
Bersatu (Umco) sebuah lagi persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya
oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) khusus untuk masyarakat Murut dinegeri
ini agar mencapai objektif penubuhannya bagi memperjuangkan hal ehwal
kebajikan masyarakat Murut itu sendiri.
Beliau berkata, adalah diharapkan ianya bukan dijadikan sebagai 'batu
loncatan' demi kepentingan peribadi mahupun diperalatkan oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk memecahbelahkan ikatan Murut yang sedia wujud,
demi kepentingan politik sesuatu kaum tertentu.
"Masyarakat kita sebenarnya sudah ada dua persatuan telah diwujudkan
sebelum ini iaitu PMS dan Persatuan Murut Borneo dengan matlamat yang sama,
namun dengan kehadiran Umco mungkinkah kebajikan sosial kira kira lebih
100,000 masyarakat Murut diSabah akan menikmati hasil perjuangan ketiga
tiga persatuan itu dengan memuaskan atau sebaliknya" kata beliau dalam
satu kenyataan disini pada Rabu.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata,
kecenderungan pemimpin masyarakat sesuatu etnik terutamanya dalam kelompok
KDM khususnya suku Murut menubuhkan persatuan sejak akhir akhir ini yang
dilihat sebagai cendawan tumbuh selepas hujan namun kesannya perlu dinilai
dari segi positifnya terutama kebaikannya, sekiranya ia disatukan dalam
satu entiti perjuangan.
Jimmy menambah, sungguh pun demikian, jikalau keputusan untuk menubuhkan
seberapa banyak persatuan pun, ianya bukan sesuatu yang salah dari aspek
perundangan selagi negara ditadbir berkonsepkan sistem demokrasi tetapi
apa yang lebih penting matlamat dan objektif yang diperjuang kan haruslah
membuahkan hasil yang baik.
Jimmy berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan Umco dimana
teras perjuangannya adalah untuk membela hak asasi suku Murut khususnya
tanah adat (NCR), selain memulihara adat istiadat kesukuan itu termasuk
ekonomi dan pendidikan yang didakwa Presidennya AliZulfakar Salamat atau
nama lainnya Alexius Mangka 53, kononnya tidak dimajukan secara serius.
Sementara itu, Presiden Umco AliZulfakar Salam ketika dihubungi
mengesahkan bahawa Umco akan menjemput Presiden Parti Kebenaran Benson
Alamit untuk merasmikan upacara angkat sumpah jawatan Majlis Tertinggi
(MT) Umco diNabawan dalam masa terdekat.
Menurut AliZulfakar, setakat ini Umco telah menerima keahlian seramai
5,000 orang dimana borang borang mereka kini sedang diproses untuk
disiapkan dalam beberapa hari.
Urusetia Umco kini berpusat di Keningau dan dijangka akan membuka beberapa
lagi pejabat perhubungan antaranya di Tenom, Kemabong, Pagalungan, Nabawan,
Tawau, Sandakan dan Pantai Barat untuk mensasarkan keahlian kira kira
300,000 orang.
Oleh: Mail Mathew
|