Majlis berbuka puasa SAPP Kg Ongkilan Tandek
KOTA
MARUDU, 6 Ogos 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) telah mengadakan majlis
berbuka puasa bersama penduduk Kampung Ongkilan di Tandek dekat sini.
Majlis itu telah diadakan di masjid Kampung Ongkilan yang turut dihadiri
rombongan pemimpin SAPP dari Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Tandek.
Rombongan SAPP itu diketuai oleh Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli
Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun.
Eric (ketiga dari kanan berbaju kuning - menyertai penduduk Kampung
Ongkilan pada majlis berbuka puasa di masjid kampung itu) selaku pengerusi
CLC Tandek turut meyalurkan sumbangan ikhlas SAPP kepada masjid Kampung
Ongkilan.
Imam masjid, Encik Pangeran Bidin Pangeran Hidup, selaku wakil ahli
jawatankuasa masjid merasa amat terharu dengan lawatan SAPP itu serta
berterima kasih diatas sumbangan daripada parti itu.
Pangeran
Bidin menjelaskan bahawa masjid tersebut belum pernah dilawat samada oleh
pemimpin dari pihak kerajaaan atau pembangkang.
"Parti SAPP adalah parti politik yang pertama melawat masjid ini," kata
Pangeran Bidin.
(Gambar - Eric, Stephan di kiri bersama AJK masjid kampung Ongkilan
merakam gambar kenangan pada majlis itu) Sementara itu, Encik Roslan Mohd
Zain selaku Ahli Jawatankuasa CLC Tandek menyatakan bahawa aktiviti majlis
berbuka puasa seperti itu telah menjadi budaya dalam parti SAPP.
"Selaras dengan perlembangaan parti yang berbilang kaum perkara ini telah
menjadi kelaziman," katanya.
Turut hadir Penolong Setiausaha Penganjur SAPP Stephan Gaimin dan
Setiausaha Kerja Parlimen Sepanggar, Etor Masambal.
|