Kadamaian Sumbangan sosial
KOTA BELUD, Ogos 12, 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) KADAMAIAN yang diketuai
oleh Pengerusi CLC Pn Agnes Liewpin telah menepati janjinya pada Ogos 4,
2012 untuk memberi
sumbangan kepada kumpulan tarian tarian tradisi Kg Sayap Sokid untuk
memberi kain dan keperluan untuk menjahit pakaian tradisi yang digunakan
untuk tarian "Kayap" kepada Ketua kumpulan tersebut, Puan Jelita Idiam.
Puan Jelita, selaku isteri kepada Pengerusi Rumah Adat Sayap Sokid
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SAPP Kadamaian atas
prihatin terhadap keperluan dan permintaan mereka kepada Puan Agnes semasa
beliau merasmikan Pesta Kaamatan Sayap sokid pada bulan Mei tahun ini.
Mengikut Puan Jelita, tarian tradisi Kayap merupakan tarian asal usul suku
kaum dusun Kg Sayap yang harus dipertahankan supaya generasi muda akan
meneruskan menjaga dan memelihara budaya keturunan kampung ini.
Tarian Kayap akan dipersembahkan pada majlis Pesta Kaamatan dan juga di
majlis majlis sambutan tetamu, dimana tarian Kayap ini pernah memenangi
Johan pada Pertandingan tarian tarian Sekolah Rendah peringkat Daerah.
Dengan adanya sokongan dan sumbangan daripada pihak pihak yang prihatin,
kami di kampung ini akan dapat meneruskan perjuangan serta
mempertingkatkan lagi usaha terutamanya dalam mengukuhkan budaya dan
tradisi suku kaum dusun di negeri ini, kata Puan Jelita.
Pada masa yang sama, Pengerusi SAPP Pn Agnes memberi penerangan kepada
para hadiran berkenaan manifesto SAPP demi untuk masa depan yang cerah
bagi rakyat negeri Sabah. Turut hadir bersama ialah AJK Wanita Kadamaian
Puan Rusiah Bansatan.
|