Majlis berbuka puasa CLC N7 Kadamaian
KADAMAIAN, Ogos 17, 2012: SAPP Kadamaian telah dengan jayanya mengadakan
majlis berbuka puasa bersama sama ahli ahli yang beragama Islam di 3
cawangan CLC N7 Kadamaian baru baru ini.
Majlis Berbuka Puasa yang
pertama telah diadakan di Kg Sumbelingon Kelawat pada 7hb Ogos sempena
penyampaikan ole ole oleh YB Datuk Eric Majimbun kepada 10 keluarga yang
telah dikenalpasti miskin dan susah oleh Pengerusi Penganjur Puan Rusiah
Bansatan.
Majlis tersebut telah di adakan di rumah En. Belly Sundang
bersama sama dengan ahli ahli yang beragama Islam dan juga Christian.
Turut hadir pada majilis tersebut terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi
Japiril Suhaimin, Peter Marajin, Steven Gaimin dan Ketua CLC Tamparuli
Chua Tian Hock serta Thomas Nanti.
Sempena dalam ucapan Datuk Eric,
beliau telah menyentuhkan budaya SAPP dimana semua ahli ahli yang berlainan
ugama saling hormat menghormati bangsa dan agama masing masing dan boleh
duduk bersama sama dalam suatu majlis makan sejak SAPP ditubuh pada 1994.
Pada 11hb Ogos rombongan Pemimpin SAPP Kadamaian, dan Ketua Pemuda CLC
Kundasang En Saiful Azmie Jamil, juga hadir bersama sama ke Majlis Berbuka
Puasa di rumah En Samin @ Albudin Samudin, Protem Timbalan Pengerusi
Cawangan Lobong Lobong.
Tuan Rumah En Saimin dan isteri Pn Naimah
mengucapkan terima kasih kepada Ketua CLC SAPP Kadamaian Pn Agnes atas
sumbangan untuk menjayakan majlis berbuka puasa untuk kali yang kedua pada
tahun ini.
Dalam kesempatan, rombongan Pemimpin terdiri daripada Ahli Majlis
Tertinggi Peter Marajin, Saiful diberi peluang untuk berkongsi pendapat
dan pengetahuan keadaan politik semasa berkenaan pengeluaran pemimpin BN
untuk menyertai perjuangan PR iaitu Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin.
Dalam acara sessi jawab, Encik Daniel Kassim, AJK CLC N7 Kadamaian,
mengeluarkan pandangan beliau akan ada banyak perubahan yang dijangka
berlaku bila bila masa sekarang sehinggalah masa pilihanraya.
Puan Agnes memohon agar ahli ahli SAPP tidak terpedaya dan keliru dengan
kata kata orang mana mana parti pembangkang kuat dan harus disokong,
disebaliknya beliau merayu agar ahli ahli tumbuhkan perhatian dalam
perjuangan SAPP dan teruskan perjuangan dalam SAPP terutama sekali
menerangkan kepada kawan kawan Manifesto SAPP yang boleh menjamin masa
depan yang cerah untuk Negeri Sabah. Hanya dengan kerja kuat dan usaha
daripada kita sendiri dalam SAPP untuk memberi penjelasan hala tuju SAPP
sahaja boleh mengubah fikiran orang orang yang masih kurang yakin
perjuangan SAPP, kata Puan Agnes.
Majlis berbuka puasa turut diadakan di Cawangan Losou Podi, di Surau Kg
Wani, Losou Podi pada petang 16hb Ogos 2012. Pengerusi Cawangan Puan
Rusiah Ligon merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada rombongan CLC N7 Kadamaian terdiri daripada Pn Agnes,
Pemangku Setiausaha CLC Maidin Boloh, AJK Daniel Kassim dan Hsu Han Chun
kerana dapat meluangkan masa bersama sama mereka untuk majlis berbuka
puasa.
Dalam sessi pengenalan beliau kepada pihak yang hadir, beliau menerangkan
inilah 7 nilai budaya SAPP yang telah menarik perhatiannya untuk berjuang
bersama SAPP sejak awal tahun 2000 lagi, dimana nilai budaya yang pertama
iaitu PERPADUAN telah membuktikan SAPP berjuang untuk semua kaum dan
bangsa di negeri Sabah, seperti aktiviti yang diadakan pada petang ini.
Acara seterusnya Puan Agnes menyampaikan ole ole Raya kepada 10 keluarga
ahli ahli SAPP Kg Lasou Podi.
|