Penjelasan Manifesto SAPP kawasan Kadamaian
KADAMAIAN,
Ogos 18, 2012: SAPP Kadamaian telah dengan jayanya menjalankan program
memberi penerangan Manifesto SAPP kepada penduduk penduduk kampung di Kg
Terintidon, Kg. Podos, Kg. Lingkubang dan Kg. Tambatuon baru baru dalam
bulan ini atas permintaan ahli ahli kerana terdapat ramai orang orang
kampung keliru dengan keadaan senario politik sekarang yang semakin
berubah ubah sejak pengeluaran pemimpin pemimpin Barisan Nasional ke Parti
Pembangkang baru baru ini.
"Rombongan Pemimpin SAPP Kadamaian akan teruskan program seperti ini ke
semua kampung kampung di Kawasan ini kerana mengikut pergerakan kami
selama ini, sokongan rakyat semakin meningkat kerana tertarik dengan
pengeluaran kad pengenalan Sabah oleh SAPP, yang akan dapat membantu
menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin yang telah memiliki Kad
Pengenalan Malaysia di Sabah," kata Ketua Penerangan CLC Kadamaian,
Sepikit Lihuan.
Sehubungan
dengan program ini, Ketua Bahagian Puan Agnes menambah Manisfesto SAPP
yang paling menarik hati orang orang kampung dan dapat sokongan penuh
daripada mereka ialah IC Sabah, Borneonasasi, Amanah Progresif
Kesejahteraan Rakyat Sabah, Dasar Reformasi Tanah dan Pelan Ekonomi Sabah.
Beliau menggesa agar semua pemimpin pemimpin di kawasan juga turun ke
kampung untuk menerangkan Manifesto SAPP kerana masih ramai orang orang
kampung yang tidak tahu membaca dan tidak faham perjuangan SAPP.
"Saya percaya, dengan adanya program ini, ramai lagi rakyat yang di atas
pagar, ataupun mungkin dalam parti parti yang lain akan beralih sokongan
mereka kepada SAPP kerana perjuangan SAPP lebih menumpu kepada kepentingan
orang Sabah" kata Beliau.
|