Anggota polis di Luyang perlu ditambah
KOTA
KINABALU, 18 Ogos 2012: Kadar jenayah bagi kawasan di bawah jagaan Balai
Polis Luyang berjaya diturunkan sejak tiga tahun lalu, kata Ketua Polis
Luyang Sub-Inspektor Wagiman Seno.
Katanya, kadar jenayah bagi 2010 dan 2011 telah berjaya diturunkan dengan
masing-masing hanya 391 dan 376 kes didaftar.
"Diantara Januari dan Ogos tahun ini, sebanyak 25 kes telah dikurangkan
berbanding dengan tempoh sama pada tahun lalu," katanya memberi taklimat
kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Luyang Melanie Chia di Balai Polis
Luyang.
Melanie (dalam gambar menyampaikan kuih Raya kepada Wagiman sambil
disaksikan para anggota lain)dan dan rombongan mengunjungi Balai Polis itu
untuk menyampaikan kuih Hari Raya kepada polis sempena dengan Hari Raya
Aidlfitri yang bakal menjelang tiba.
Wagiman berkata, kadar jenayah dalam kawasan Luyang berjaya diturunkan
hasil kerjasama diantara polis dan orang ramai disamping hubungan rapat
yang terjalin diantara pihak berkuasa dengan masyarakat setempat sejak
sekian lama.
Luyang terbahagi kepada sembilan kawasan dan setiap satu mempunyai satu
pasukan polis yang diperuntukkan untuk mengawasinya. Pasukan itu
dikehendaki untuk mengetahui kawasan masing-masing disamping mengenali
para penduduknya.
Balai Polis Luyang mempunyai kekuatan seramai 42 anggota yang menjaga
keselamatan kira-kira 80 ribu penduduk yang tinggal dilebih daripada 180
taman perumahan.
Wagiman berkata, lawatan Melanie dan rombongannya ke Balai Polis itu
setiap kali pada musim perayaan merupakan satu tradisi.
Sementara itu, Melanie berkata, penurunan kadar jenayah di Luyang adalah
hasil daripada kesan positif konsep program Komuniti Polising yang bermula
di Luyang beberapa tahun lalu.
Katanya, kerjasama baik diantara pihak polis dengan para pemimpin
masyarakat tempatan sangat penting untuk menghindari jenayah.
Katanya, bagaimanapun, jumlah anggota di Balai Polis itu perlu ditambah
kerana kawasan yang dibawah pengawasan Balai Polis Luyang pada masa ini
mempunyai lebih daripada 180 taman perumahan dengan jumlah penduduk
melebihi 80,000 orang.
Melanie yang juga Ketua Wanita Parti Maju Sabah (SAPP) seterusnya
mencadangkan Balai Polis Luyang menambah jumlah anggota wanita kerana pada
masa ini hanya terdapat dua sahaja kakitangan wanita.
Dengan perayaan Hari Raya Aidifiltri bakal menjelang tiba, beliau juga
menasihati penduduk Luyang agar memaklumkan polis sebelum pergi bercuti.
Ends.
Pix”Melanie menyampaikan kuih Raya kepada Wagiman sambil disaksikan para
anggota lain.
|