Rumah Terbuka Hari Raya SAPP Kundasang
KUNDASANG, Ogos 22, 2012: Kemeriahan Hari Raya amat dirasai oleh Encik
Japiril Suhaimin, pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) CLC N.29 Kundasang
serta keluarga dengan kehadiran presiden parti, Datuk Yong Teck Lee,
bersama rombongan yang termasuk Datuk Eric Majimbun, Datuk Liew Teck Chan,
Datuk Frankie Chong, Puan Melanie Chia dan Datuk Richard Yong.
Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Menteri Pembangunan Perindustrian,
Datuk Ewon Ebin.
Kemeriahan rumah terbuka Hari Raya kedua Encik Japiril ini juga telah
diraikan oleh semua golongan masyarakat setempat yang berbilang kaum dan
agama. Jamuan berselera dihidangkan termasuklah kuih muih raya yang
beraneka macam.
Japiril dan keluarga amat berterima kasih atas kehadiran presiden SAPP dan
rombongan dan keseluruhan masyarakat Kundasang. Kata beliau ini
menunjukkan betapa kita rakyat Sabah hidup dengan harmoni dan bersatu padu
dan seterusnya menghormati antara satu sama lain.
Sebelum berangkat balik ke Kota Kinabalu, presiden SAPP dan rombongan
sempat singgah di rumah Encik Saiful Jamil, Ketua Pemuda CLC N.29
Kundasang, untuk bersama sama meraikan suasana Hari Raya di rumah beliau.
|