SAPP teruskan tradisi kunjung mengunjung Aidilfitri
KOTA
KINABALU, 23 Ogos 2012: Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih dirasa
manakala tradisi kunjung mengunjung diteruskan diseluruh pelusuk negeri
ini.
Tradisi yang mengeratkan silaturrahim itu sentiasa diamalkan dan menjadi
keutamaan kepada para penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Luyang
setiap kali musim perayaan tiba.
Justeru itu, hubungan erat diantara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Luyang Melanie Chia dengan para penduduk terutamanya di Kampung Kopungit,
di sini, sentiasa kukuh ekoran kunjungan kerap wakil rakyat itu.
"Saya merasa amat berbesar hati apabila mendapat jemputan daripada para
penduduk Kampung Kopungit untuk bersama-sama dengan mereka meraikan Hari
Raya Aidilfitri pada tahun ini.
"Mereka sentiasa mengingati saya malah tidak putus-putus menjemput saya
memeriahkan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun," katanya.
Katanya, tradisi kunjung mengunjung disamping mengeratkan perpaduan turut
menjalin rasa hormat menghormati dikalangan rakyat berbilang kaum di
negeri ini.
Beliau berkata, usaha penduduk Kampung Kopungit mengadakan rumah terbuka
dengan menjemput kaum lain sama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri pada
tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya merupakan satu tindakan baik kearah
mengeratkan perpaduan.
Katanya, kehadiran ramai penduduk kampung pada majlis itu menjadikan
suasana perayaan bertambah meriah.
Katanya, berdasarkan kehadiram ramai penduduk kampung pada rumah terbuka
Haji Daud Karmin dan isteri, perpaduan dikalangan penduduk Kampung
Kopungit jelas semakin erat.
Turut sama memeriahkan rumah terbuka itu antaranya Ketua Kampung Kopungit
Kiun Solidau dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Kampung Kopungit Peter Aloysius.
Gambar - Melanie (enam kanan) bersama penduduk Kampung Kopungit di
rumah Haji Daud Karmin (tengah bersongkok)
|