Syarikat besar merampas tanah adat kami
PITAS,
25 Ogos 2012: Penduduk Kg. Mapad menyokong penuh perayaan sambutan
kemerdekaan Sabah 49 tahun yang akan diadakan pada 31 ogos 2012 di Kota
Kinabalu. Jupihin Manurunga selaku wakil penduduk Kg. Mapad dalam masa
yang sama turut mengesahkan kehadiran mereka pada hari perayaan tersebut.
Jupihin Manurungga berkata, "kami telah tinggal dan menetap di Kg.
Mapad sejak dari nenek moyang kami lagi. Tetapi kini tanam-tanaman kami
telah habis ditebang dan kami sebagai penduduk asal pula dihalau oleh
syarikat besar yang merampas tanah adat kami." Katanya lagi, para penduduk
kampung turut tidak menyangka sama sekali bahawa Kerajaan Barisan Nasional
Sabah yang ditunjangi UMNO sanggup merampas tanah adat mereka.
"Bukan setakat merampas tanah sahaja, nampaknya keraajaan BN juga sengaja
memutarbelit fakta sejarah berhubung usia kemerdekaan Sabah, ini jelas
menunjukan bahawa kerajaan BN sekarang tidak menghormati kemerdekaan Sabah,"
katanya lagi. Justeru itu, kami turut menyeru orang ramai untuk turut sama
menyokong perayaan ini.
Jupihin menerima jemputan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan
Kawasan (CLC) SAPP Banggi, Jaely Midong, di Kampung Mapad kira-kira jam
3.30 petang pada 24 Ogos.
Jaely menyatakan bahawa,"Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dari 1996 hingga 1998 telah memberi
beribu-ribu hakmilik tanah kepada rakyat tempatan."
"Bukti kemampuan SAPP memberi tanah kepada rakyat tempatan sudah
diperlihatkan oleh itu saya yakin usaha murni seperti ini dapat diteruskan
apabila SAPP mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah
selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.
"Manifesto SAPP ada menyatakan tentang reformasi tanah dimana, antara
lain, rakyat tempatan akan diberi keutamaan dalam pemberian hakmilik tanah
termasuklah hak tanah adat (NCR).
"Jika dahulu SAPP telah terbukti berjaya memberi tanah kepada rakyat
tempatan maka saya yakin lebih ramai rakyat tempatan akan mendapat tanah
apabila SAPP menjadi kerajaan," kata Jaely.
Katanya, apa yang perlu dilakukan rakyat Sabah supaya janji dalam
manifesto itu menjadi kenyataan ialah dengan mengundi SAPP pada
pilihanraya umum nanti.
Beliau seterusnya berkata, Sabah mendapat kemerdekaan daripada British
pada 31 Ogos 1963 dan seterusnya bersama-sama Sarawak, Malaya dan
Singapura menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963.
Jaely berkata, Malaya mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos
1957 dan Kuala Lumpur menjadikan tarikh itu sebagai kemerdekaan rasmi
Malaysia walaupun negara ini ditubuhkan enam tahun kemudian. Namun apa
yang amat memalukan kerajaan negeri tidak berupaya mempertahankan fakta
sebenar kemerdekaan Sabah.
Pix.....Jaely menyampaikan jemputan kepada Jupihin sambil disaksikan para
penduduk Kampung Mapad.
|