Isu empangan Tambatuon akan dibangkitkan semula
KOTA
BELUD, Ogos 27, 2012: SAPP N7 Kadamaian telah dengan jayanya mengunjungi
penduduk Kampung, Kg Tambatuon terutama kepada mantan Ketua Kampung
Wira(digelar of Dtk President SAPP) Singkui Tinggi untuk menyampaikan
jemputan menghadiri sambutan Kemerdekaan Sabah 49 tahun yang akan diadakan
pada 31 Ogos 2012 di Kota Kinabalu City Park.
Kunjungan ini telah diadakan pada petang kemarin bersama sama dengan
beberapa AJK diketuai oleh Pengerusi Puan Agnes Liewpin.
Puan Agnes menjelaskan tujuan sambutan Hari Kemerdekaan kerana masih ramai
orang tidak sedar bahawa Sabah Merdeka hanya 49 tahun pada tahun ini
tetapi bukanlah 55 tahun seperti diwar warkan di media, television dan
Sekolah.
Oleh yang demikian adalah penting untuk memberi kesedaran orang ramai
dengan harapan dapat hadir bersama sama rakyat Sabah, dimana warga
Tambatuon dijemput supaya dapat mengambil peluang ini untuk membangkit isu
empangan Tambatuon yang belum ada penyelesaian setakat ini agar pihak
Kerajaan akan menyemak semula dan seterusnya membatalkan rancangan yang
memudaratkan kehidupan penduduk Kg Tambatuon khasnya dan Kota Belud amnya.
"Kita menerima sambutan yang baik oleh penduduk penduduk Kg Tambatuon
terutama sekali atas prihatin isu empangan Tambatuon, selaku pemimpin Kg
Tambatuon, Wira Singkui menjamin sekurang kurang 20 orang akan hadir
bersama sama pada hari tersebut," kata Agnes.
|