Menteri harus bertanggungjawab jangan salahkan penduduk
KOTA
KINABALU, 29 Ogos 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas perlu
memikul tanggungjawab terhadap kekotoran di kawasan Putatan, kata Parti
Maju Sabah (SAPP).
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) SAPP Tanjung Aru, Datuk
Richard Yong berkata, Datuk Yahya Hussin selaku Timbalan Ketua Menteri dan
Menteri Pertanian dan Industri Makanan tidak seharusnya menyalahkan
penduduk Putatan dan memberitahu mereka supaya belajar tentang kebersihan
dari Singapura.
Yong berkata, Yahya sepatutnya memastikan pihak berkuasa tempatan mengutip
sampah di semua kawasan di Putatan dengan teratur.
"Apabila anda berjalan di sekitar daerah Putatan sampah kelihatan
disana-sini dan beg sisa domestik yang belum dikutip berselerak adalah
perkara biasa dan ini menjijik pemandangan.
"Beberapa penduduk juga terpaksa membakar sampah dan ini akan menyebabkan
pencemaran udara disamping membahayakan kesihatan.
"Semasa
lawatan kami ke kawasan itu baru-baru ini, kami dapati beberapa longkang
baru dibina namun air bertakungan oleh itu ia bakal menjadi tempat
pembiakan nyamuk yang sesuai," kata Yong.
"Seorang penduduk mengadu bahawa mereka akan disaman dan didenda jika
larva nyamuk ditemui di mana-mana takungan air samada di dalam atau di
sekitar kawasan rumah mereka tetapi siapa yang bertanggungjawab jika
nyamuk membiak diparit yang tidak diselenggara pihak berkuasa?
Setiausaha-Agung SAPP Datuk Richard Yong berkata, sehingga sekarang
menjelangnya pilihanraya, tidak perlu untuk datuk yahya belajar hingga ke
singapura, selaku yang berhormat selama 20 tahun hanya untuk meletakkan
kesalahan sendiri kepada rakyat
"Ia adalah benar-benar tidak boleh diterima apabila Putatan yang mempunyai
dua YB (wakil rakyat) dimana seorang adalah Timbalan Ketua Menteri dan
seorang lagi Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan membiarkan
kawasan mereka terus menerus mengalami masalah pengutipan sampah dan
kekerapan banjir kerana saliran yang buruk.
|