Sumbangan kepada Gereja SIB Tambatuon
KADAMAIAN, September 11, 2012: Penduduk di Kampung Tambatuon, memberi
penghargaan dan ikhlas terima kasih kepada SAPP CLC Kadamaian di atas
sumbangan bagi pemasangan jubin untuk menyempurnakan pembinaan pejabat
perhimpunan Pastor yang dijadualkan siap hujung tahun sebelum krismas.
Menurut Ketua Gereja Jahim Singkui berkata, pembinaan bangunan berkenaan
tergendala disebabkan kekurangan bajet pembinaan bangunan yang dianggarkan
sebanyak RM 250,000.00 yang tidak diterima dari mana-mana bantuan kewangan
dari kerajaan walaupun sudah mengemukakan permohonan kepada wakil rakyat.
Selain bantuan daripada Pusat SIB Sabah berjumlah RM 30,000.00, Ahli
Palimen Kota Belud juga ada menyumbang wang tunai sebagai tambahan walau
macammana pun, selebihnya datang dari pungutan dari ahli gereja dan
penduduk kg. Tambatuon.
Bangunan tersebut akan digunakan untuk persidangan dan mesyuarat untuk
masyarakat gereja diaras bawah, manakala aras satu untuk tempat tinggal
Pastor gereja yang akan tiba dari Indonesia Disember ini, Jahim berkata.
Bagi pihak penduduk Kampung Tambatuon, Jahim berkata sangat berterima
kasih kepada Ketua SAPP Kadamaian, Puan Agnes Liewpin,atas prihatin beliau
dan membantu meringankan beban rakyat kampung.
|