Sambutan Ulangtahun Ke-4 keluar dari BN
KADAMAIAN,
September 21, 2012: Sempena memperingati Ulang tahun ke -4 Parti Maju
Sabah (SAPP) keluar dari Barisan Nasional, SAPP Kadamaian telah bergiat
dengan jayanya menjalankan program-program seperti berikut:
Pada 15-09-2012 - Menghadiri program 3 dalam 1 anjuran AJK wanita, Pn.
Rusiah Bansatan iaitu Bacaan doa selamat masuk rumah baru, rumah terbuka
sempena Hari Raya Aidilfitri dan Ceramah SAPP di rumah kediamannya, Kg
sumbilingon Kelawat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi SAPP
N7 Kadamaian Pn. Agnes Liewpin dan AJK wanita kawasan kadamaian, En.
Ghazali Ekong, Naib pengerusi CLC N8 Usukan dan AJK cawangannya Kg. Pantai
Emas. Pada masa yang sama para hadirin juga sempat menonton tayangan video
rampasan tanah yang telah dirakamkan oleh crew Sabahtv seterusnya
mendengar penerangan Dasar Reformasi Tanah.
Menghadiri
Ceramah 'Masa Depan untuk Sabah' anjuran CLC Tg. Aru, di Putatan pada
sebelah malam. Turut hadir bersama sama Naib Pengerusi CLC Usukan En. Yong
Kai Wah, juga Ketua cawangan kg. Baru.
Pada 16-09-2012 ¨C Program Ceramah Manifesto SAPP seterusnya menyerah
Bendera SAPP kepada penyokong penyokong SAPP di rumah kediaman Pn Dulia
Yabin, Kg. Kiau Toburi sempena memperingati ulang tahun ke-4 SAPP keluar
dari Barisan Nasional. Turut memberi Ceramah pada masa yang sama ialah En.
Sepikit Lihuan, Ketua Penerangan CLC Kadamaian dan En.Daniel Kassim,
Protem Ketua Cawangan Melangkap Baru.
Dan pada 17-09-2012 ¨C Pemuda SAPP bersedia untuk memasang Bendera SAPP di
Pelusuk kampung kawasan Kadamaian demi memperingati ulangtahun ke-4 SAPP
keluar dari Barisan Nasional.
|