RCI tidak berkesan
KOTA
KINABALU, September 23, 2012: Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor
Mansur berkata keberkesanan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang
ditubuhkan baru baru ini oleh kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah
pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah sangat meragukan.
Katanya, RCI itu tidak akan memberi sebarang kesan kerana penubuhannya
dilakukan bermotifkan politik sekadar menyenangkan hati rakyat Sabah.
"RCI ini jika diamati dengan teliti tidak ubah seperti satu tipu helah
Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka sangka rakyat Sabah pasti gembira
apabila penubuhan suruhanjaya itu diumumkan.
"Parti Maju Sabah (SAPP) apabila berjaya membentuk Kerajaan Sabah yang
mempunyai kuasa autonomi selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13
nanti akan menubuhkan satu suruhanjaya di bawah kuasa kerajaan negeri
untuk menyelesaikan masalah kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah,"
katanya yang kini merupakan salah seorang Penasihat SAPP.
Beliau
berucap pada ceramah bertajuk "Masa Depan Sabah" di perkarangan pejabat
SAPP di Luyang di sini malam kelmarin, dianjurkan oleh SAPP Luyang yang
diketuai Melanie Chia.
Penceramah penceramah adalah termasuk Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan
Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck
Chan, ADUN Luyang merangkap
Ketua Wanita Melanie Chia,Naib Presiden Jaafar Ismail, Naib Presiden Don
Chin, Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Luyang Simon Chin dan Ketua
Pemuda Api Api Yong Yit Yoong juga berucap dalam acara ini.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Tuan Haji Amde Sidik, Setiausaha Agung Datuk Richard Yong, Bendahari Agung Dullie
Marie, Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui,dan Ketua Penerangan
Chong Pit Fah.
Mohd Noor berkata, pembentukan RCI itu hanya umumkan Perdana Menteri Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak setelah beberapa bulan dihebohkan dimedia massa.
Katanya, Perdana Menteri mengambila masa berbulan-bulan untuk mengumumkan
terma rujukan (Terms of Reference) dan ahli panel RCI itu.
Beliau berkata, surat lantikan ahli panel itu hanya diserahkan beberapa
hari lalu setelah terma rujukan diumumkan pada 11 Ogos lepas.
Beliau menambah, para ahli panel diberi masa selama enam bulan untuk
menyelesaikan tugas masing-masing dan mereka dijangka tidak akan dapat
menyelesaikan siasatan walaupun tempoh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
kecuali Sarawak tamat pada awal tahun depan.
Mohd Noor berkata, RCI akan hanya menjadi perbualan sahaja dan hasil
siasatan tidak akan diumumkan kepada awam kerana tidak sempat disiapkan
sebelum pilihanraya umum.
Katanya, terma rujukan RCI itu juga tidak lengkap kerana tidak memberitahu
samada pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang dan dihukum jika
didapati bersalah atau sebaliknya.
Terma rujukan itu mengandungi lapan perkara dan adalah seperti berikut,
untuk menyiasat:
* Jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau
kewarganegaraan.
* Sama ada pemberian dokumen berkenaan adakah sah mengikut peruntukan
undang-undang atau sebaliknya.
* Adakah pihak berkuasa berkaitan membuat sebarang penambahbaikan kepada
prosedur amalan standard (SOP), kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengelak
apa-apa yang tidak teratur dari segi undang-undang.
* Adakah SOP dan perkara berkaitan berhubung pemberian dokumen-dokumen
terbabit mengambil kira standard antarabangsa.
* Sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut kategori berikut:
* Warga Sabah menetap di Sabah termasuk mereka yang diberikan kad
pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (pendaftaran
lewat).
* pekerja asing (termasuk ahli keluarga)
* pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga)
* pelarian
* meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.
* Implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada
pemberian dokumen-dokumen berkenaan.
* Bilangan pendatang asing di Sabah yang diberikan dokumen-dokumen
berkenaan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang tidak
bernegara.
|