Dimanakah janji-janji yang dilaungkan oleh BN?
KOTA
BELUD, September 25, 2012: Sudah lebih kurang 4 tahun penduduk Kampung
Melangkap Baru mengalami kerosakan jambatan gantung dan ini telah
menyusahkan penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian
yang luas seperti kebun getah, tanaman padi bukit dan sebagainya. Penduduk
kampung telah membuat beberapa aduan kepada pihak JKKK untuk mendapatakan
peruntukan daripada Wakil Rakyat, namun setiap kali menerima alasan
kerajaan kehabisan peruntukan.
Maka penduduk kampung terpaksa bergotong royong membaiki jambatan tersebut
dalam keadaan ala kadar dimana keadaannya hanya menunggu masa untuk
terjadinya sesuatu kemalangan buruk menimpah, kata protem ketua cawangan
Melangkap En. Daniel Kassim.
Dalam lawatan Pengerusi CLC N7 Kadamaian, Pn. Agnes Liewpin dan Protem
ketua Cawangan Melangkap, En. Daniel Kassim pada hari Ahad lepas, jambatan
gantung yang menghala ke kampung Kebayau Lama ini bukan sahaja berkeadaan
amat aib tetapi juga ada yang langsung musnah.
Negara Sabah telah merdeka 49 tahun, namun penduduk kampung masih belum
merasa erti sebenar pembangunan yang telah diungkapkan melalui
slogan-slogan yang kosong. Dimanakah janji-janji yang dilaungkan oleh
kerajaan BN dalam slogannya 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'
dan 'janji ditepati'?
|