Kesedaran politik semasa perjuangan SAPP
KADAMAIAN, September 28, 2012: SAPP Kadamaian telah melaksanakan dengan
jayanya program mingguan bagi memberi ceramah mengenai Hak rakyat, tanah
rakyat, ekonomi dan juga Sabah IC di Kg. Tambulion bertempat di rumah En.
Safenus Dominikus dan di Kg. Malangkap Baru bertempat di rumah En. Piluk
Lisang.
Ceramah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat
kampung di sekitar N7 Kadamaian akan kepentingan perjuangan SAPP untuk
rakyat Sabah.
Justeru itu, rakyat akan lebih matang dalam memilih dan menyokong parti
pilihan mereka daripada hanya mengikut telunjuk pemimpin yang tidak
memegang janji untuk rakyat.
Dalam lawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Kadamaian Parti
Maju Sabah (SAPP), Agnes Liewpin dikedua-dua buah kampung ianya mendapat
sokongan daripada orang ramai terutama sekali pemuda pemudi yang sangat
menggalakkan selepas mereka mendengar penjelasan.
Pada masa itu juga, beliau (Agnes Liewpin) turut menerangkan apa yang
terdapat dalam Manifesto SAPP untuk rakyat Sabah.
Tambahan pula,pada masa kini terdapat banyak parti-parti pembangkang
membuat rakyat keliru untuk memilih.
Sepanjang ceramah tersebut, telah disampaikan oleh En. Sepikit Lihuan, En.
Daniel Kassim dan Hsu Han Chun, selaku ketua tempatan CLC N7 Kadamaian.
|